the sovereign

no songs to accompany this post this time.

  1. masih menulis, tetapi belum menemukan waktu yang cocok. tetapi setelah adik saya mengirim skrinshot buku Nyanyian Malam, saya rasa, boleh dah ni dalam masa terdekat ini.
  2. emel sudah dikarang, cuma belum punya masa untuk dibetulkan. mungkin saya lebih selesa tenggelam dalam dunia lain, dan masih berat kaki (baca: degil) untuk berdiri di muka pintu orang lain (baca: berguru) ?
  3. melawat amsterdam hujung minggu lepas dan bertemu the bookieman. dia mempelawa kami untuk minum teh, tetapi macam biasa, F keberatan. Zhuang Zhu bertukar tangan, dan kami menuju ke sebuah coffeeshop tak jauh dari muzium anne frank, melihat abang-abang berantai emas perak (for real) dan berkacamata gelap dalam rumah, melihat bola. saya santai aje menikmati teh dan muffin. abang-abang lain bergelak ketawa mencari tandas bersandar melepek di kerusi dan meja masing masing.
  4. selepas itu, tentunya makan nasi dan cendol dengan penuh selera sekali.
  5. saya mengubat rasa (sedih) sebenarnya. tetapi life goes on.
  6. baru sahaja memulakan Wael B Hallaq sebenarnya, mulanya dengan Orientalism tapi pakcik ini cakap, baca the other one first. jadi sis cuba. saya fikir, seronok juga bertukar angin membaca tulisan seorang peguam atau subjek undang-undang. a little more strengh, more structure and coherence, solid arguments.
  7. setelah bergaduh dengan pemberita / pekerja DW tentang apa yang berlaku, geopolitik dan sebagainya, kepercayaan dan fahaman saya tentang apa yang betul / salah tentang aturan dunia akhirnya bukanlah ataupun harus menjadi pekerjaan saya.
  8. sejak minggu lepas, saya menyedari ada sebuah khemah dipasang di tengah-tengah kota. akhirnya saya sedar, setelah melihat sekumpulan wanita dan anak-anak mereka yang menggalas dan menyorong beg yang beratur dan menaiki tren, yang perang ini bukanlah permainan semata-mata.

Leave a comment