(in celebration of Lings, Ghazali and all those semi-quasi-nihilist-mystics out there), feat. The Drums’ Heart Basel
minggu lalu berlalu dengan penuh atas naik turun bawah penat sakit kepala dengung dan haruslah diobati dengan filem Godard, mengayuh basikal dari sulz ke ehrenfeld (sihat), disaji dengan nasi lemak tempe (kurang sihat) sambil nongkrong kosong bersama teman-teman dan dicuri dengar pembaca-pembaca roman berpakaian musim panas tegar (why boi) di kafe.
kata Andrea, setelah saya berteriak tentang hal-hal kelangsungan hidup dan kami mula beransur ke pokok pangkal perlawanan jiwa seorang Mai, yang saya tak perlulah cuba untuk mendapatkan markah A sepenuhnya dan setiap masa “B-minus ist auch schon okay”. “dan kadang-kadang mereka yang terlalu banyak memenuhi (kehendak) orang lain itu akhirnya memakan diri sendiri juga”. auf deutsch, tentunya, dan saya kata, “ja, mungkin”.
(psuedo hyper-metafora incoming)
antara segalanya dan langsung tiada , saya (sering) berada di tengah-tengah arus dan cuba untuk tidak melawan arus (macam lao tzu, bukan macam lagu m nasir, lei lei lei lei lei) tapi pada masa yang sama tidak mahu tenggelam mengutip benda-benda yang boleh mengikat saya di dunia ini. bak kata Nadja dalam novel Andre Breton, “i am a soul in limbo”. ya saya.
jadi menyelam dan berenang dalam kehidupan orang lain itu sendiri merupakan sebuah hobi masa senggang. mendengar keluhan teman-teman tentang cinta, kerjaya, pindah rumah, minat dan arah tuju, thesis, buku, wang, harga elektrik, rusia-ukraine, ikan bilis, keluarga, anak-anak murid al-attas yang mengatakan recognition is not acknowledgement (tahu-kenal, knowledge-action), merancang segala rancangan, dan gambar-gambar bayi baru yang muncul di wasap, saya cuba mengambil semua ini (dengan penuh minat). tapi yo, hidup ini memang melelahkan, bukan?
saya tidur dulu Halim.