saigon

besok, saya ke saigon. mungkin ini sahajalah caranya untuk saya terus meyakinkan bahawa diri saya ini wujud, tidak hanya sebuah imej yang berulang saban hari melakukan pekerjaan pekerjaan yang sama sambil menunggu waktu berakhir.

kadang kadang, bila saya rajin pakai contact lens, pulang saya akan terbaring di katil sambil termenung memandang siling ataupun dinding. semalam, nama sontag muncul pada pendangan saya. tetapi saya  tidak bangun lalu mengambil buku itu, tetapi terus tutup lampu dan menghubungi F.

mungkin sahaja saya telah hilang minat membaca.

saya tidak tahu apa yang akan dihadapi esok. mengikut perkiraan saya, saya akan berjumpa orang orang yang seperlakuan dengan ex pengawas, perwakilan pelajar, presiden persatuan dan sebagainya – ini membuatkan saya agak risau untuk pura pura berminat untuk bertanyakan hal hal semua orang dan apa apa yang mereka katakan. mereka selalu percaya bahawa mereka ada benda penting untuk disampaikan. tapi saya cepat penat dengan orang orang yang baru sebenarnya. tapi kita cuba juga, ya?

ada apa pada idea membuka sebuah kedai buku, anyway?

One thought on “saigon”

  1. Mai, ke Saigon hati hati, ya? Haha. Aku pun rasa macam makin hilang minat membaca. Tapi nak ke BBW jumaat ini. Usaha cari minat semula. Haha. Bye Mai, take care 😉

    p/s: first time comment, setelah lama menjadi pembaca senyap.

    Like

Leave a comment