congratulations


Hey, hari jadi aku dah dekat. Minta tolong rakan-rakan belikan dua benda ini;

  1. Stokin warna hitam
  2. Seluar tidur
Aku percaya kepada utiliti. Apa guna beli ornament ornament tak berguna yang hanya akan disimpan berhabuk di atas rak begitu sahaja? Bukan orang sentimental. Tapi aku suka simpan tulisan orang; surat, puisi, gambar kamu, akan ditampal dalam buku yang juga akan disimpan diatas rak, cuma dibelek beberapa kali dalam setahun. Itu dikira sentimental ke?
Ah.
Untuk diri sendiri, aku beli Siddartha dari Herman Hesse. Kamu tahu, taktala kamu semua berpuasa makanan, aku puasa daripada beli buku selama dua bulan? Banyak lagi buku di bilik masih belum habis dibaca. Itu dan mungkin capo. Yang ini malas nak cari. Aku malas nak tekan guna pensel.
Gambar di atas takde kena mengena dengan apa-apa pun. Nama dia Rain. Itu sahaja.
p/s; video MGMT yang baru keluar, Congratulations.

2 thoughts on “congratulations”

  1. haha, masa tu aku cam ooh terpegun tengok gitar yang lawa. haha mostly i suck and can't even pay a decent song long enough. still working on a few stuff. nanti bila da hebat aku post la. takkan berlaku kut.

    Like

Leave a reply to i am mai Cancel reply