kisah kecelakaan 2

Bangun pagi-pagi, kau mahu basuh baju di mesin basuh. Lantas kau pergi kumpul baju-baju minggu lalu, terik keluar semua cadar, cari baju yang pernah pakai walau sekali untuk dibasuh.
Ini big laundry day, kau cakap.
Kau masukkan baju penuh bau enak dalam mesin, dan mula masukkan satu persatu duit syiling sepuluh sen, sebanyak tiga puluh. Biar cukup tiga ringgit. Kali ini tak berkongsi basuh sekali, sebab kau jadi orang sial dan balik rumah tanpa beritahu orang dan tak pesan suruh basuh sekali. Ugh.
Sampai angka 2.90, kau masukkan lagi satu duit syiling dengan harapan akan berbunyi nada gembira, menandakan kau dah boleh tekan start dan masukkan sabun.
Tapi bunyi it tak datang.
Kau masukkan lagi sepuluh sen, dan benda alah tu keluar balik.
Dalam ke-horror-an kau, kau tengok dekat display, dan tengok-tengok keluar angka-angka dajal:
“0.00”
Celaka punya mesin.

5 thoughts on “kisah kecelakaan 2”

Leave a reply to ila syamilla Cancel reply