random excerpts for those who have lost their way but must go on (or whatever ramblings after the most odiously poorly written entries for the past few uh, months)
Tag: sedikit random
bosan betul
Pinggang aku sakit sejak 2 bulan yang lalu dan aku tak tahu kenapa. Sial. Aku ingat kalau bersenam tiap-tiap hari selama seminggu kesakitan ini akan hilang, tapi aku salah. Ceh. Mungkin sebab hari itu masa raya nenek aku di kampung bersemangat mengurut aku yang separa bongkok ini, dia mungkin tersalah urut. Entahlah.
Atau mungkin sebab aku yang kehilangan sumber lagu asyik duduk berjam-jam depan laptop dalam bilik di atas katil sewaktu di hostel tanpa henti. Demi dengar lagu sahaja bai. Itu sahaja salvation aku ketika itu. Dan bahan bacaan lain.
Cakap pasal lagu, aku sedang mendengar White Lies sekarang. Dan aku tak sukakan mereka. Okay, nama band kau best sebab aku belajar mengenai white lie ketika aku tingkatan satu semasa membaca The Curious Incident of the Dog in the Night-Time, tapi aku tak suka suara vocalist kamu. Haish. Susah betul nak cari benda baru untuk didengari.
Semalam aku main Maths Magic dengan adik aku yang berusia 5 tahun. Kalau kamu nak tahu, itu game yang aku rasa dicipta tahun 2003-2004. Ada pertandingan dia kat sekolah-sekolah dulu. Sekarang aku tak tau popular lagi atau tak. Tapi aku suka main dan suruh mak aku beli satu. Oh ya, markah dia 1166 manakala markah aku 1498. Benda paling best mengenai Maths Magic adalah kira markah kamu tanpa guna kalkulator. Aku rasa, lah.
Aku sedang tunggu offer letter dari MARA supaya aku dapat tengok berapa banyak allowance aku akan dapat tiap tiap bulan untuk tahun hadapan. Aku harap, aku dapat membeli sebuah ND-S lite(ya, aku tak beli lagi) awal tahun depan.
Cakap mengenai adik, adik aku yang lagi satu akan masuk sekolah agama tahun hadapan. Siapa suruh dia tak dapat 5A untuk UPSR. Tapi aku agak kurang bersetuju dengan keputusan itu. Aku tak rasa yang adik aku cukup hebat nak masuk sekolah agama. Banyak dah rakan-rakan aku yang macam hampeh bila masuk sekolah agama. Kononnya nak kawal perangai. Sudahlah, bila kau masuk universiti nanti sama jadinya. Tapi biarlah ayah aku nak membazir. Tapi aku tetap tak suka idea cita-cita parents yang di-impose terhadap anak-anak kecil. Nasib baik aku rebellious dan bijak.
Tapi ada orang cakap ‘clever ain’t wise’. Mungkin aku salah seorang daripadanya. Mungkin. Kita tengok nanti.
Tamat untuk kali ini.