Disebabkan aku ada kawan yang baik hati serta cool yang meminjamkan Ipodnya kepada aku, aku telah mendengar semula semua lagu Opening Song and Ending Song Naruto.
Ya, aku juga suka Naruto. Dulu, lah.
Walaupun tak sampai ke tahap aku sayang Death Note, kiranya, Naruto rank yang ke… 2 aku. Ini sewaktu Form 2 – Form 3 lah, di mana aku sangat gila akan ACG (Anime, Comic, Games). Best gila doh. Ianya memberi perasaan yang hebat bila kau melihat anime, mengingati lagunya, melihat orang-orang berlawan. Membeli CD sudah semestinya satu pelaburan yang bernilai sebab boleh berkongsi dengan orang lain, dan boleh juga ulang tayang. Mendownload komik serta copy-mengcopy menjadi aktiviti mingguan yang wajib. Dan mungkin, kau hanya hidup di depan komputer.
Tambah-tambah lagi kalau abang tau kakak kamu juga membaca komik dan tengok anime. Setiap kali mereka balik dari kolej/asrama, perkara pertama kamu akan tanya ialah, “ada komik/anime apa?”. Walaupun benda yang kamu tak pernah dengar, kamu layan juga, sebab menganggap apa yang mereka suka mestinya best. Dan habiskan masa lagi, tentunya.
Antara manga-manga yang aku baca semestinya adalah Rurouni Kenshin, Naruto, Host Club, Ouran Koko Host Club, Monster, Death Note, Eye Shield 21, Shaman King, Full Metal Alchemist, One Piece dan mungkin banyak lagi (tapi tak habis baca).
Kalau Anime, mungkin lebih banyak, sebab ketibaan Animax (yang free) di Astro. Tapi, aku agak tidak gemar sebab dia sudah dub dalam Bahasa Inggeris. Malaslah mahu listkan semuanya… tapi aku paling suka FLCL. Mungkin sebab ianya quirky, mempunyai soundtrack paling best, karektor yang cool-cool (Samejima Mamimi oh!). Oh dan Gundam.
Apa lagi ya?
Oh, aku juga masa ini sangat aktif dalam forum GempakStarz. Disebabkan aku rasa akulah pembaca setia Gempak sejak Darjah 6, aku join dan menghabiskan masa troll-ing kat forum, sambil belajar benda-benda baru. Bukannya dapat kenalan baru pun, sebab masa ini aku punya self-worth sangat rendah dan aku sangat concious dengan apa-apa tindakan aku, aku jadi semacam tahi. Abaikan. Matlamat utama bila Starz mula keluarkan beberapa snippets daripada forum untuk masuk magazine, semestinya untuk di-feature dalam tu. Aku berjaya, dua kali. Ahahaha~~
Lagi satu, disebabkan terlampau banyak membaca komik, bahasa percakapan pun sudah menjadi semacam skema. Ini sangat pelik, bagi orang lain. Conversation akan mula dengan, “Hey, kau sedang buat apa?” ataupun “Apakah itu?” ataupun “Kau sungguh menjengkelkan”. Seratus peratus bahasa baku. Percayalah. Sampai sekarang mungkin terikut-ikut. Esh, kalau kamu boleh dengar aku bercakap macam tu memang bestlah.
Jadi, apa semua kaitan ini dengan tajuk di atas? Mari fikirkan.
Aku saja je, mahu ingat balik. Sebab aku sungguh sangat jauh dengan ACG sekarang. Kalau dulu, aku sanggup mengayuh basikal beli Majalah Gempak, siap buat budget sheet, serta list down semua possesssion CD aku. Aku akan main game sampai larut sehingga tak boleh tidur (dah ngantuk pun terbayang-bayang Samurai Warriors). Aku akan burn setiap episode Naruto dan Gundam SEED Destiny yang di-download, dan dengar lagu-lagu, sebagai lagu naik semangat semasa nak jawab PMR. Esh.
Sekarang, semua benda ini aku dah tak buat. Mungkin sebab masuk MRSM. Mungkin sebab kita semua membesar, suka ataupun tidak. Mungkin aku sudah berubah.
Tapi yang penting, malam ini kita dengar lagu Naruto.
Right here, Right now, BOOM!