Disebabkan aku sering rasa kasihan (bukan jenis empathy), atau rasa kurang selesa apabila aku melihat orang lain kurang fasih bertutur/memahami/menulis Bahasa Inggeris, mari aku tunjukkan kamu semua macam mana nak menjadi hebat. Bukanlah aku mahu katakan aku ini hebat sangat atau apa, tapi at least aku rasa aku okay la.
Tak, aku takkan argue kepentingan Bahasa Inggeris, sebab semua pun sudah lazim membuat karangan sebegitu. Malah, aku sebenarnya lebih suka menggunakan Bahasa Melayu untuk bertutur tapi disebabkan aku menganggap aku lebih berupaya mengekspresskan diri dalam English, jadi aku lebih banyak guna Bahasa Inggeris dalam penulisan. Aku cemburu sebenarnya orang yang hebat menulis Bahasa Melayu.
Apa-apa pun, ayuh, mari lekas membaca. Entry ini panjang sikit.
***
Sebenarnya, pandangan aku terhadap mereka yang kurang hebat menggunakan sesuatu bahasa adalah disebabkan kurangnya penggunaan bahasa tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Maksud aku, mungkin ia merujuk kepada berapa kali kamu encounter (berjumpa) dengan English; apa yang kamu dengar, baca, lihat, guna dan sebagainya. Lagi banyak pertemuan kamu, lagi hebat kamu boleh jadi.
Aku juga tidak percaya terhadap pembelian buku-buku grammar (tatabahasa) English, sebab aku tak pernah belajar daripada buku-buku sebegitu. Malah, aku sungguh protes bila terpaksa beli mana-mana buku permbelajaran Bahasa Inggeris sebab benda itu tidak akan membantu sesiapa pun jadi hebat. Kecuali kamu bercita-cita nak jadi Cikgu Bahasa Inggeris 101.
Untuk mempelajari sesebuah bahasa, adalah lebih bagus untuk kamu meng-experience daripada merujuk buku untuk expression-expression tertentu. Sebab nanti kamu cepat lupa. Aku tau yang ini sebab sekarang aku bodoh Bahasa Arab, walaupun telah belajar selama enam tahun (sekolah rendah), bukan sebab aku tak boleh skor, (aku selalu dapat 95% keatas, ya), tapi sebab aku lupa. Sebab aku dah lama tak guna/jumpa/apply bahasa itu. (Okay, yang kamu sembahyang tiap-tiap hari itu Bahasa Arab kalau tak tau maksud apa gunanya, bukan?).
Tapi itu Bahasa Arab. Kita sedang cakap mengenai Bahasa Inggeris di sini. Benda yang kamu jumpa tiap-tiap hari tapi masih tak boleh kuasainya. Aku cukup geli hati bila kamu nak tulis benda yang bermakna dalam (deep, profound), mahu guna Bahasa Inggeris untuk nampak lebih intelektual, tapi salah grammar. Kelakar seh.
Ini juga pose satu problem di mana anda tahu apa perkataan-perkataan yang hebat tapi tak boleh nak re-write benda itu dalam bentuk ayat lain. Contoh paling senang ialah “Hinder” dan “Hindrance” .Kamu tau apa itu “Hinder”, sebab hari tu kamu rujuk kamus dwibahasa Bahasa Melayu-Bahasa Inggeris untuk cari perkataan best nak dimasukkan dalam karangan. Masalahnya kamu tak tau nak guna yang mana satu. Jadi kamu tulis “You are a hinder” yang sepatutunya “You are a hindrance”. Kamu jadi seakan ‘lost in translation’
Macam ni la, kamu boleh faham dan beri maksud, tapi kamu tak boleh tulis semula bila disuruh. Macam Bahasa Jepun la.
“doushite kimi wo suki ni natte shimattandarou” (ini lagu DBSK)
Orang yang separa-minat anime/cerita jepun mungkin boleh faham maksudnya,
“Alamak, kenapa aku suka kau?“
Tapi kalau aku suruh kamu tulis “Alamak. Aku tak sukakan kau pun,” dalam Bahasa Jepun, belum tentu kamu boleh. Ini kes yang sama dengan Bahasa Inggeris.
***
Um, setalah dianalisis masalah-masalah kamu, baru aku boleh kasi cara-cara kamu boleh jadi hebat (Bahasa Inggeris). Aku percaya pada aplikasi. Secara ringkas la, mahu elaboration lagi sila tanpa segan silu tanya.
1. Sila lihat rancangan TV/Movie/Kartun Bahasa Inggeris banyak-banyak. Semua jenis pun digalakkan, tak kisah la benda itu sangat cheesy macam Hannah Montana atau cool macam House. Totally Spies pun tak apa.
2. Jangan tengok subtitle (extension langkah 1). Kamu perlu latih pendengaran kamu, baru kamu boleh imitate perbualan orang sambil ikut grammar structure yang betul. Baru kamu boleh perhati bagaimana orang guna perkataan-perkataan tertentu.
3. Dengar lagu Bahasa Inggeris. Lebih maju dari Langkah 1-2 sebab kamu dah tiada visual aid untuk lihat gerak mulut orang itu (kecuali kamu rasa nak bukak music video lah). Tumpuan kamu 100 peratus terhadap muzik dan lirik. Mengetepikan musik buat seketika, kamu boleh cuba tangkap apa yang dinanyikan, kemudian cuba tuliskannya di atas kertas. Ulang banyak-banyak, sambil kamu pun turut menyanyi sekali, sampai kamu achieve lirik diorang yang betul. Seboleh-bolehnya kamu cari lirik yang panjang-panjang yang bermakna. Atau apa-apa sahaja, asalkan bukan lagu jenis dirty dan repetitive.
4. Cari lirik kat internet bagi langkah 3. Tengok kamu betul atau tidak.
5. Baca buku cerita. Mula dari buku-buku kanak-kanak yang satu page 20 perkataan itu (lol), kepada benda-benda kompleks macam Ulysses (jangan baca, nanti kamu bengang). Pada tahap ini kamu sudah completely liberated (bebas) dari hearing aid (buruknya istilah) dan fokus kamu tertumpu sepenuhnya terhadap WORDS/PERKATAAN. Jadi, bolehlah kamu nak mempertingkatkan tatabahasa/pemahaman/kosa kata kamu. Baca betul-betul ya.
6. Rujuk kamus kalau kamu tak betul-betul tak faham maksud. Maksud aku, seboleh-bolehnya, kamu cuba andai/teka dulu apa maksud sesebuah perkataan, sebelum actually tengok kat kamus. Kamus itu hanya untuk clarification bagi aku, bukannya explanation terhadap sesuatu perkataan. Tanya orang lebih bagus daripada tengok kamus. Tanya aku.
7. Menulis. Ini langkah yang penting untuk menguji sama-ada kamu berupaya ataupun tidak dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Bagi aku, orang menulis apa yang mereka fikirkan daripada apa yang mereka pelajari. Jadi, kamu harus meng-apply semua yang kamu baca, dengar dan lihat dalam bentuk ayat. Ini namanya ekspresi. Kalau kamu ada kesalahan, tak mengapa, cuma kamu patut tingkatkan lagi benda-benda yang aku sebut di atas.
8. Meng-improve dengan semakan. Suruh orang lain baca apa yang kamu tulis supaya mereka boleh semak. Seboleh-bolehnya orang itu sangat kritikal dan ada ‘eye for detail‘ dan mampu lihat apa masalah kamu sebenarnya. Bila kamu sudah kenalpasti, baru kamu boleh tulis semula atau ulang langkah-langakah di atas.
9. Bercakap. Bagi aku juga, orang itu dah boleh start becakap setelah dia membaca, melihat, dan mendengar. Tak perlu menulis pun tak mengapa. Cuma, kamu akan digelakkan lagi teruk kalau salah cakap. Cuma aku lebih prefer kamu start menulis dulu sebab aku percaya kamu bercakap exactly sama dengan cara kamu menulis. Bila kamu tulis, senang untuk orang memperbetulkan kamu. Sebab bila bercakap, belum tentu kamu akan ada rakan-rakan yang fasih dalam English, dan mereka juga mungkin terlampau sopan/takut/polite untuk betulkan kamu. Kamu mungkin malu, sebenarnya nak bertutur, dan takut dimalukan kalau salah.
10. Buat semua benda serentak. To quote daripada idiom yang tipikal “Practice makes perfect”.
11. Cakap terima kasih kepada aku dan orang-orang yang ajar kamu. Lepas tu kamu belanja aku makan di Noodle Station.
***