Sebab duduk rumah selalu, tak banya benda boleh diceritakan. Semuanya scene-scene kekeluargaan yang tak menarik bagi kebanyakan orang.
Peristiwa hari ini;
Scene 1
Ayah
Di atas meja ada sup sayur, ikan masin, dan donut 2 biji yang dipotong lapan. Maghrib. Mari mencapai donut dan makan.
“Oh ayah puasa ek?”
“Ye la”
“Asal?”
“10 Muharram”
*blur*
“So?”
“Anisah, pergi ambik buku ayah baca semalam”
*Anisah pergi ambil dekat bilik setor merangkap ex bilik bibik*
“10 Muharram ni, hari di mana Nabi Nuh dikeluarkan dari Ikan Paus, sepatutnya kena puasa 9 dengan 10 sekali-“
“Lagu Radiohead!!!”
Pergi depan TV. Lagu Karma Police.
“Cis. Guna lagu ni untuk interview budak-budak kecik main bola.”
*tengok kejap nak dengar interview perempuan-perempuan bajet tomboy nak main bola wtf*
*duduk balik meja. tengok ayah semula. dia sedang recite bahagian akhir hadith.*
“Riwayat Ibnu Abbas”
“Oh okay”
Scene 2
Anisah
Dalam bilik
“Kakak beli buku nota baru eh?”
“Yeah”
“Berapa?”
“13”
“Tak leh mahal lagi ke?”
“Bla la kau kau bukannya guna pun buat pe nak kisah”
“Eh, anisah ada.”
“Tunjuk”
*tunjuk*
“Eleh, ko bukannya tulis pape un”
*menunjuk buku-buku nota lama*
“Eh, bestnye tulis banyak-banyak”
“Tulisan sampah je”
“Oh bestnya ada calender buatan. Nak buat jugaklah”
*Dia ambil pembaris, kertas warna, dan pen. Dan buat”
“Okay”
Scene 3
Ehsan
Sedang main kapal terbang kertas sambil bercakap dengan diri sendiri. orang lain memandang pelik.
“Dude pergi tidur!”
“Tak nak. Ehsan tak mengantuk”
“Dude bla dari bilik aku”
*buat bodoh*
“Dude meh sini aku tunjuk buku buat kapal terbang*
*keluar bilik pergi rak buku busuk*
“Ugh, kat bawah kut. Malas ar. Kau baca ni la”
*campak buku-buku kanak-kanak random 13 tahun dahulu*
*Campak “Whose home?”*
*Campak “Whose legs?”*
*Campak “Si Taring Kecil”*
“Baca la”
*Dia baca sambil seorang lagi capai gitar sebelah rak buku dan main dengan buruknya*
Scene 4
Ehsan
“Dude pergi tidur la”
“Tak nak”
“Eee… sibuk doh”
“Ehsan nak dengar lagu Lollipop“
*wtf? pergi pasang*
Scene 5
Ehsan. Yang sedang menangis akibat dikacau anisah.
“Weh senyaplah”
*menangis*
“Siot ar. Asal ko kacau dia?”
“Ehsan, pernah dengar pasal abang janggut tak?”
*wtf abang janggut*
*geleng*
“Abang janggut baik. Pernah dengar tak?”
*geleng*
“Ada sorang abang ni kan, dulu-dulu masa dia kecik dia selalu kena buli. Tau tak buli tu apa?”
*geleng. dah berhenti menangis yeah*
“Buli tu kena kacau la dengan orang lain. Kena marah ke. Macam tu ar. Faham tak?”
*angguk*
“Abang ni kan, bila dia besar, dia cakap kat diri dia yang kalau ada budak kecik kena buli, nanti dia kasi hadiah. Um… dalam mimpi”
“So bila ehsan tidur nanti, ehsan mimpi ar. Esok ko bitau aku ko dapat hadiah apa”
*2 minit lepas tu dia tidur. yeah*
***
See, bosan kan?
Cerita abang janggut adalah rekaan-rekaan bosan yang diadakan kalau bosan dan ingin menakutkan budak-budak kecik. Sama macam “Hantu Lampu Oren di belakang rumah” dan “Nenek Kebayan dan Monyet yang makan orang”. Kadangkala, merepek pada budak kecik itu seronok.
Okay, nanti aku tulis benda berseronok yang berkualiti. Tunggu bila aku betul-betul mahu escape belajar baru aku boleh menulis untuk membuang masa. Tapi ini semua alasan. Biarlah aku.
Tamat.