سلطان قلبم

saya fikir tabiat saya yang suka melupakan hal-hal seharian dengan merokok berpunca daripada kebosanan. seperti yang dikatakan kepada toby beberapa hari yang lalu “but what else is there to do?”. ini dan keperluan saya untuk mendapatkan ilham untuk memasak di malam hari. namun, saya melihat diri saya di cermin pagi tadi dan sedar, i need to lose weight. jadi selamat tinggal aiskrim susu dan snek untuk beberapa bulan ini. selamat datang gym, zumba dan blackpink.

saya mengikuti budak-budak membentang phd mereka di hadapan pensyarah-pensyarah dan para pelajar lain (melalui zoom, tentunya), dan man, it is brutal. tetapi apa pengajaran menarik dari sini, adalah bagaimana peranan guru (pensyarah) dalam memudiki penyelidikan anak muridnya, dengan berkata – apa tujuan kamu melakukan itu dan ini – kenapa ingin mengangkat orang ini – kenapa harus “menjawab” orang ini — yang akhirnya meletakkan semula persoalan asas peri pentingnya jenis ilmu yang ingin disampaikan dan manfaatnya. hal yang sama boleh diperkatakan dengan pemilihan apa untuk diterjemahkan – bukan secara rambang dan ikut suka hati – tetapi lebih kepada tugas penterjemah sebagai penyampai ilmu (chewah) yang baik-baik sahaja.

semakin teruja dengan pencarian tanah di rembau, di kaki gunung datuk. i just need more cash.

sepulangnya saya dari koln, saya mengambil keputusan untuk menaiki tram terdekat dengan rumah saya kerana hari hujan. dalam kegelapan malam saya berjalan di bawah jambatan sambil cuba merumus semula kehidupan saya apabila, lo and behold, basikal saya yang saya sangkakan dicuri 4 minggu lalu muncul dihadapan mata saya, terdampar di tepi pagar. bagaimana harus saya menceritakan perasaan saya pada waktu tersebut? seakan-akan jumpa hantu atau orang yang mati hidup kembali? apa-apa pun, saya menuntun basikal itu kembali ke apartmen saya perlahan-lahan dalam hujan. kelihatan loceng telah dicabut, break langsung tidak berfungsi, dan rantai basikal tidak berada di tempatnya (hello al-attas!) saya memasuki lobi apartmen dan memanggil F membawa turun basikal itu ke stor. saya naik dan mandi dengan sangat lama.

バックビートにのっかって

dah masuk separuh tahun. saya semakin bosan dengan eropah disebabkan musim panasnya seolah-seolah seperti saya sedang membeli belah di rantau panjang, tapi kadang-kadang di hujung minggu kita akan bertemu teman-teman di rhine dan mengomel tentang hidup sambil ditemani mainan piano dan tarian orang ramai di *ambang* musim panas ini.

but life goes on. saya fikir hidup tidaklah lebih baik di mana-mana sekali pun – ini bukan permasalahan tempat per se melainkan permasalahan makan *chewah*. sebenarnya ini lebih kepada the vacant boredom setelah j, y, dan s berpindah. tiada lagi sesi-sesi lepak ditemani bubble tea, aperol dan apa-apa – usia saya semakin senja dan the thought of children beckons.

setelah permohanan phd saya di koln tidak berjaya, saya mengalami krisis ego yang bertahan dua tiga hari tetapi apa boleh saya kata – it was shite topic to begin with. kata Loq, saya mungkin terlalu emosi – atau mungkin harus dibaca sebagai – judgemental, dalam tulisan-tulisan saya. namun kadang-kadang kita tiada masa untuk menerangkan secara panjang lebar tentang sejarah dan salasilah segalanya apa yang penting adalah to point out the obvious, no?

summer things to look forward to; vienna, munich, paris. post vaccination, of course.

mendengar kawan-kawan, keluarga dan juga kenalan mereka yang sedang bergelut dengan hal-hal pekerjaan dan kawangan dan arah tujuk membuatkan saya sedikit sebanyak bersyukur saya sekarang tidaklah terumbang-ambing. a soul in limbo still, tapi ini hal terpisah (namun paling utama).

sedang membaca muqaddimah dan sebenarnya saya lebih gemar baca ibn khaldun membebel pasal scholarship orang lain, hal-hal mistik, lebih daripada isi sejarahnya sendiri.

sesudah selepas lsd // siempre atau semperit?

hajat saya yang baru sahaja melalui antara minggu paling menyiksakan buat saya – pertama kerana hal kerja kedua kerana kelas casis ketiga kerana kelas summer school keempat well kehidupan normal untuk menelani segala isi luar untuk saya menghadam dengan diam sambil cuba menjadi isteri orang dan juga sambil menjalani kehidupan sosial normal dan akhirnya juga (cuba) untuk menjadi insan yang lebih well – spiritual —– berakhir (dan bermula?) dengan kecurian basikal saya. rasanya segala jin-jin kurang senang hati dengan pembacaan ceritera asal-usul mereka lalu diusikkya saya ini.

apa-apa pun, saya berterima kasih dengan j dengan pemberian kecilnya ini – juga ingat besok pagi yang saya telah menjanjikan segala macam-macam hal kepada dunia. contohnya, penterjemahan surat selamat jalan kepada (arwah) Amin Sweeney – yang kiranya terlalu akrab dan personal untuk saya cuba olahkan kepada Bahasa Melayu. Dan saya kira, ini bukanlah hal yang senang – pertama kerana pengarangnya masih hidup, kedua kerana begitu peribadinya surat tersebut, ketiga kerana saya malu dan sedar siapalah saya untuk cuba menerjemahkan surat seorang sarjana bahasa melayu kepada rakan seperjuangannya yang jauh lebih tersohor atau lebih mendalam ilmunya – yang memang khas ditulis dalam bahasa inggeris – kepada bahasa melayu? ini pekerjaan gila, tapi sis cuba.

side note; kadang-kadang adalah pekerjaan bodoh juga saya besar kepala nak tolong proofread thesis phd orang ni.

sesamping soal-soal akademis, kita juga harus meninjau persoalan diri sendiri juga. kerana bukanlah dengan khayalan semata-mata dan segala macamana bentuk cara makannya yang harus menjadi pendamping hidup. adalah saya merasakan juga yang apa yang bisa dialami oleh manusia secara instant (seperti mi segera, misalnya), tidak mungkin dapat melawan nikmat whatever spiritual union mokhsya derwishes hallaj israk mikraj itself – you know what i am talking about. jadi adalah sebenarnya pekerjaan sia-sia untuk kita syok sendiri walaupun kita sedar bahawa kita ini tingkatnya di bawah aja bahkan lagi hina lagi hitam #baniadam. yang harus diutamakan tentunya well – membina iman #thingsyoucannottalkwithoutyourtherapist #therunningthemeofthisblog #helloitsajokebynowitsafarce – dan hal-hal lain.

I shall stop. Goodbye goodnight.

draft hujung mei lepas

baru baca tulisan sebelumnya. kesudahannya, saya baru pulang dari sepanyol. bercuti ketika pandemik ni memang tak fun, dan saya agak gembira-lega saya keseorangan dan tak perlu melayan karenah orang lain selain kekelamkabutan diri sendiri dalam mengurus pembelian tiket, jadual testing, mengejar tren bas dan penerbangan dan sembang-sembang broken spanish saya. kesimpulannya, saya survive.

to speak a little on the Andalusian region – it is mega dry, with endless rolling hills with olive plantation ad infinitum. one wonders why this area should be perhaps the heat forces people to stay indoors at all times – hence the closed nature of narrow dusty streets that open into magnificent courtyards (inaccessible to the outsiders). it is at this moment i realize that trees are a gift – no amount of umbrella or air conditioning can replace the natural cooling effect of trees.

propuesta

  1. tajuk daripada dua jam mesyuarat dalam bahasa sepanyol tadi.
  2. Jawapan saya kepada ‘bengkel penulisan laporan’ di tempat kerja – mungkin, anda tak perlu menulis langsung kalau tiada apa yang (penting) boleh disumbangkan kepada dunia?
  3. baru beli e-reader pada malam ahad, dan mengutipnya di kedai buku pada petang senin, dan harap-harapnya saya kurang beli buku-buku yang lebih fleeting tajuknya.
  4. sedang membaca Overshoot dari William Catton Jr. Agak enak dan lebih tajam dari semua buku Verso post-Anderson ni. saya terhibur apabila dia mengatakan sepatutnya kita lebih baik mati daripada meminjam daripada hasil perut bumi dan tanah lain (ghost-acre), menangguhkan kematian kemudian menyusahkan orang dengan sains dan makanan.
  5. jadi tak patut/perlu takutkan pandemik lah, kan? #redhawins
  6. mungkin kita tidak boleh mengandaikan peribadi atau mengukur seseorang itu daripada buah mulut orang lain ataupun apa yang wujud secara publik di ruang maya (kecuali tulisan, tentunya).
  7. of course, untuk poin di atas, saya mengharapkan ini kepada diri saya sendiri. saya persona non-grata di luar konteks profesional saya, dan aim to be so. kata tjw, menjadi tidak dikenali lebih senang.
  8. mungkin ini simptom poyo saya apabila saya malas menerangkan semuanya kepada seseorang (maksud, the essential) dan menjadi lemah anggota apabila seseorang ingin menerangkan segalanya (setiap butir kata, the rudimentary) kepada saya.
  9. hujung minggu diluangkan dengan menonton filem Merah (1996) arahan M Nasir dan sebelumnya, XX Ray. Saya lebih tertarik dengan latar belakang batu-bata coklat bersimen UKM ditandai nama bangunan font biru-nya. Merah dapat markah ekstra sebab feature melayu hip hop 90-an (Nico, was that you?)
  10. cita-cita saya ke andalusia terkubur apabila rupanya anda juga tak boleh merentas daerah di sana. welp, tinggalllah saya di sini membuat kuih gunting dan semperit.

semoga lebih bermakna dari yang lalu

dah lama tak menulis dekat sini, saya hanya mampu dalam bentuk fragmen sahaja. sambil dengar soundtrack filem Ema.

kadangkala, apabila kita menutup ruangan bicara (baca: omelan) yang mudah (baca: media sosial), barulah kita mempunyai masa untuk mengolah kata-kata menjadi sebuah olahan yang lebih teratur. biarkan ia berlegar-legar di minda namun penting untuk meletakkan ia ke sesuatu tempat. of course, saya menangisi pemergian ‘thoughts while high’ tapi kadang-kadang biar je sebab kebanyakannya macam tak boleh bla.

menghantar artikel ke Naratif M, dan menunggu abang besar Frankfurt menerbitkannya. apa alasan kau lambat, bah?

melihat filem Overseas tentang OFW (Overseas Filipino Workers), bersedia di sebuah sekolah sebelum mereka berangkat ke majikan masing-masing. Ini mungkin filem dokumentari paling personal saya pernah lihat, diselangi tangisan dan harapan mereka. Menariknya, si cikgu menanyakan kepada para perempuan, “siapa di sini ex-abroad?” dan saya teringatkan terma BFG – untuk dak dak oversea Malaysia yang back for good.

Saya tak rindukan kem persediaan luar negara.

MZU banyak namedrop buku dalam kelasnya, yang memaksa saya memesan banyak buku dari UK (terima kasih World of Books). Saya lebih cenderung untuk meminati pemerhatian TD walaupun dengan syarahan monolognya, mungkin kerana posisinya sebagai lebih meluas walaupuan tetap berada dalam kerangka ilmu Al-Attas, dengan menganalisa apa yang ada di luar daripada dunia Islam. Atau mungkin saya cuma bias kerana tak mahir bahasa Arab.

saya sambung kerja-kerja repot untuk bulan april / puasa supaya saya boleh chill di Spain lepas raya.

kadang-kadang kita terkenangkan teman-teman lama yang lama sudah tak berbicara, tapi kalau sudah tidak ada points of intersection (?), apatah lagi mengenai kesefahaman tentang hidup dan perletakan nasib, apa gunanya? i mampu doakan je.

sadlands demo

tulis sambil dengar Smashing Pumpkins.

setelah sebulan berada di Clubhouse; ia menarik untuk berbual santai dalam bahasa melayu dengan orang luar tentang hal-hal basi (kebanyakannya), menemukan orang-orang baru yang berbeza daripada segi pendapat dan aliran, tetapi kita lambat laun akan sedar bahawa terdapat batasan terhadap apa yang boleh dibicarakan melalui format audio-only yang pendengar sesuka hati boleh masuk, mencelah dan meninggalkan. jadi ia menjadi seperti sebuah pasar malam yang mana setiap ruangan terdapat tukang cherita mendepa-depa (kepada orang ramai) atau cuma berseloroh sendirian.

kita mengucapkan selamat tinggal kepada orang-orang yang pernah berselisihan hidup dengan kita, dengan meletakkan harapan pertemuan semula pasti menjanjikan samada nostalgia (terhadap waktu yang telah berlalu) atau pembuka ruangan (untuk masa hadapan).

setelah mula membaca j. b. peterson buat kali pertama, saya mendapati dia seorang ilmuwan yang jujur. Olahannya untuk menginterpolasi (?) teori-teori Jung (myth, archetypes) ke zaman sekarang dan menggunakan pop culture dan modern tropes sebagai sebuah pengulangan archetypes yang berakar umbi dalam setiap manusia.

kelas-kelas casis : nanti lah saya fikir.

y si mi hambre es real, mi lucha es real

too much outdoor over the weekend, i have worn out my bones by cycling along the rhine to koln and climbing the siebengebirge (half-way, admittedly), sprinkled by lazying out in the sun, finding stones to sit on looking on the kayaks passing by.

a recital of forough farroghzad, the wind will carry us – first in abbas’ kiorastami film in the underground – the second recited by sonia near the bank. i discover the essence of a woman lies in the ability to pique the curiosity of man (men and women alike) – under the blanket of night, behind a veil or a shroud, beyond the eyes of the beholder. once this is revealed, the essence is lost. therefore, cries of majnun versus WAP songs, or to remember a line from detective conan’s comic – “A secret makes a woman, a woman.”

i have witnessed their cries and tears – perhaps in part being responsible for evoking them, but i am at loss to console. i surrender to silence.

shall we go to cordova over the spring, then?

a note on clubhouse: every room is an echo chamber, we are ultimately alone and choose not to be alone. a reveal on the other side’s disposal of time – we wander from room to room, but isn’t solitude in the end preferable?

reads and recent purchases to read; charles taylor’s a secular age, walter j ong’s orality and literacy, ceritera asal bangsa jin.

僕ら半分 夢の中

monotony, or stability in the form of changing weather patterns, board game cycles, the ins and outs of farewells of acquaintances, a settling of sorts, but it is coronazeit, after all.

signs of old age; a growing obsession in looking at carpets – at the moment a persian gabbeh like this, and you tell yourself this is a lifelong investment.

i’m tired of writing actually – idealism has stifled me. night time provides cover from all the pretenses of the world – in the small window bathroom at midnight i retreat into a kind of solitary giddiness. a new hairstyle, a new micara, a new mid-life crisis. i shall never escape. the words shall never be uttered. but the quiet truth lingers into your everyday background , and i remain, halfway in a dream.

privileged or not, i realize this question is a non-issue for the spiritual (or the true mystic, i suppose), for what matters most is the essence, and in material sense there is no worthy distinction to be made. therefore all matters of the world, the identification of the flesh to a form, or the body to a function, or goods to stature, is meaningless. i suppose at this particular juncture that F and I clash entirely, because he simply has not the capacity to comprehend.

i’ve been obsessed with the japanese band Fishmans since Christmas.

foto esei tak beberapa

Ada hari, saya tak mampu lagi menelan segala kata-kata dan khabar dari jauh. Ayat-ayat ini terapung dalam ruangan minda saya lerai entah ke mana, tanpa ingatan atau pun kesan.

Sebuah rumah banglo sedang dibina, dan daripada tiang ke batu bata ke pembahagian ruang, bapa saya tegar (?) menghantar foto-foto baru. Saya lebih kagum dengan kawasan lahan/hutan disekeliling rumah – yang katanya, ada babi dan ular. Betik dan mangga sudah ditanam, dan

Dari satu sisi, kami berada dalam dua lapangan roh yang berbeza. Dari satu lagi sisi yang lain, saya juga bosan dengan orang yang tidak mampu keluar lebih daripada ruangan dirinya. Saya menunggunya untuk pergi, mati, atau hilang, supaya saya boleh meneruskan hidup tanpanya. Kata Beauvoir, perempuan adalah the transcendent manakala lelaki adalah the immanent.