is your favourite colour blue?

saya menghadiri kelas kedua terakhir bahasa arab saya via zoom.

spotify mengirim emel ‘Wrapped’-nya kepada saya, menandakan bahawa tahun ini akan berakhir, akhirnya. Katanya, saya telah mendengar muzik selama 101,000 minit, yang setelah dicongak, merupakan lebih daripada 20% masa saya, atau 5 jam sehari. mungkin sahaja saya yang malas menutup laptop yang terus memainkan lagu sehingga besok pagi.

sejujurnya, hanya dua yang album saya dengar secara serius tahun ini : Mordechai (Khruangbin), The Long Goodbye (Riz Ahmed). Dan selain Hamid Al-Shaeri, yang muziknya mengingatkan saya kepada zaman-zaman bermain Sonic, Pokemon dan lain-lain (a.k.a 6 – 8 tahun), tidak banyak yang mengagumkan saya tahun ini.

saya megeluarkan buku Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, yang dibeli bersama Loq sewaktu pulang ke Malaysia dahulu. Saya terhenti pada ayat “Remang fikiran lelaki tua itu berbaur dengan keremangan senja“.

perhubungan saya dengan F telah mencapai 5 tahun. dia meraikannya seperti biasa – dengan kata-kata di ruang awam – manakala saya yang tidak sukakan performative love, hanya menuntut masakan dan hadiah. walaupun saya berkeinginan untuk berseorangan, saya sedar yang ini merupakan permintaan yang kini semakin absurd.

kalau mungkin dahulu saya sukakan plath, woolf, lou salome dan beauvoir, mungkin sekarang khadijah?

kebosanan mendesak saya untuk memesan CBD secara online dari Spain, memikirkan yang lawatan saya ke Koln mungkin semakin sedikit kerana N sudah mula bekerja hari ini. Mungkin, saya merindukan perasaan let’s say, “moments of clarity”, yang mungkin tak dapat disajikan oleh apa-apa bahan sekali-pun. saya tidak mahukan euforia, cuma cahaya.

“presence is absence from everything else”.

.

what i perhaps desire/fear the most, as i speak to sonia last night, is the loss of time that i am experiencing of things not done, things not made, things that stem from my own mind that is not narrated by the whim of others. that i am not doing what i am ‘supposed’ to do, supposing that i am supposed to do something, and it fills me such sorrow that i view the rest of the world as one big monotony no matter how many people i see or talk to.

-signed, the eternally bored

fragments

hari jadi saya disambut dengan sangat sederhana, dan semakin sederhana tahun ini, namun ia kali pertama saya berada di rumah setelah sekian lama. ibu saya mengambil cuti, saya harus berada di rumah untuk menyelesaikan ujian untuk temu duga saya (lupakan hal ini), dan setelah lewat malam, kami berempat sekeluarga duduk bersila mengelilingi meja kecil menghadap 4 potong kek.

seminggu setelah pulang, saya sudah bertemu orang-orang yang saya fikir agak penting dalam kehidupan sosial saya, dan meratapi pemergian teman-teman (baca: adik-adik dan kakak-kakak) sebelum cuti musim panas bermula. namun, saya masih merasakan sebuah absence dan merindukan adik-beradik dan keluarga saya yang boleh ajak sembang benda-benda basi dan tak basi bila-bila masa.

saya harus mencari rutin semula, megumpul semangat, dan menuliskan acara-acara dalam buku nota saya untuk merasakan diri ini wujud.

f cuba menyelitkan semula dirinya dalam hidup saya, saya cuma mengiyakan setiap pergerakan dalam rumah ini dan sentiasa memposisikan diri saya di bucu sofa. saya bertanya, are you trying to solidify yourself in this household? setelah dia menyatakan hasrat untuk membeli almari baru.

mungkin saya yang harus pergi.

telefono (apéro)

saya menyerahkan esei separa gedik saya kepada Loq. sebuah pendedahan diri lagi, setelah kali pertama melayangkan cerpen separa-fiksyen separa-autobiografi kepada teman lama saya (apa khabar penuntut PhD CASIS ini?) beberapa tahun lalu.

perbualan di pagi hari tentang apa itu rumah, bandar baru bangi dan pemaknaan diri. perkongsian foto sarapan. saya berhati-hati untuk tidak menumpahkan rasa.

***

rentetan itu, emel kepada F. setelah berbalasan mesej dan emel, saya akur yang saya ini tidak pernah akan (boleh) memenuhi (kedua-dua) kehendaknya dan diri saya sendiri.

***

perbualan telefon, selatan perancis <> kuala lumpur. ketakan papan kekunci dan bunyi dapur kedengaran di belakang. mungkin ini satu-satunya ruang untuk saya akhirnya boleh menangis. dalam cuba menerangkan segalanya, menutur apa apa yang perlu dituturkan – kerana tulisan tidak pernah boleh memadai – dia faham.

***

after being consoled by ancient greek wisdom, i have come to the belief that i have time. that being said, i am still superstitious and shall consult my own hands.

***

potential research topic: pemaknaan nilai kerohanian (?) dalam discourse alam sekitar/environmentalism, mengambil kira pandangan Nasr, Jacques Ellul (?), dan whatever alam melayu/nusantara wisdom has to offer. melawan globalisasi, urbanisasi, SDGs, activisme berslogan, technologists and western imperialism(?), tentunya. ambitious, nampak? nak jaja idea dekat siapa tak tahu.

oleh itu, pembelian buku-buku osman bakar.

***

lagu sambutan sempena esok keluar: ini.

لو كنتي

  1. malam sebelum saya berangkat, kami berkumpul semula. sebuah pengulangan, mungkin hanya tamu dan makannya yang berbeza. rendang dimasak perlahan-lahan, kerana waktu berada di samping saya. n bergerak dari satu ruang ke ruang yang lain tanpa menemui tempatnya, dan bli bli cuba melayangkan rasa resahnya ke seluruh dunia lagi tanpa ada yang menyahut. f muncul sekali sekala, menunjuk muka katanya, sebelum kembali ke bilik kecilnya untuk apa saya tidak tahu. malam lanjut, lampu-lampu dimatikan dan lilin dinyalakan, dan sonia muncul bersama teman lelakinya. dalam suasana antara sedar // tidak sedar, lelap // tidak lelap, tidur // tidak tidur, malap // tidak malap, kami berbual dalam bisikan.
  2. pagi. pertemuan antara dua rakan baik saya di dalam ruang yang sama membuatkan saya gugup. apatah lagi dengan keterdepanan y dalam mengatakan, saya telah banyak mendengar tentang kamu. y, jangan malukan saya, boleh? saya membiarkan mereka berdua dan mempersiapkan diri.
  3. jika setiap permintaan atau perkataan selalu dituruti dengan keluhan, apa lagi yang boleh saya katakan? mungkin saya hanya mendengar apa yang saya ingin dengar. tetapi gerak-geri badan tidak boleh menipu, wajah apatah lagi.
  4. Ich lebe mein Leben in wachsenden Ringen, die sich über die Dinge ziehn.
    Ich werde den letzten vielleicht nicht vollbringen, aber versuchen will ich ihn.
  5. mempersoalkan tajuk buku yang diterjemahkan rakan saya – diari seorang gadis. apakah dia bukan seorang perempuan?
  6. lupakan buku-buku kuarantin yang lain – Hayy ibn Yaqzan adalah pilihan saya.

dissolution

a dissolution of things, that take place in the matter of weeks, or months, that shall be seen to the end. until then, dinner parties, sleepovers and game nights shall resume as usual. we shall have pockets of solitude or camaraderie outside this space, long dinners followed by conversations until the morning, and then return to the same space waiting for you, to leave.

in another news, J/Y and i have become good friends over an exchange of three tupperware of fruits with books (thanks, Karl). we talk over books, ideas of home, languages, his theater project, my growing responsibilities at work, alongside self-deprecating jokes. it seems i have met another INTP (if we were to follow this typology), marked by his remarks of ‘wanting to grow my worldview of knowledge’ and the desire to have free time to read and be rid of boring responsibilities. it is nice to have a friend in the flesh now to openly throw ideas to, apart from all the pseudo pro-development and pro-transition going on at work. important, but mostly fluff.

books read/being read/to be read:

  1. carbon democracy – timothy mitchell (important as a history book, but nonetheless US-centric and a materialist),
  2. seeing like a state – james s scott (to follow up from imagined communities. interesting so far). i probably need to expand my knowledge in human geography
  3. martin lings’s stuff – enduring utterences, followed by muhammad – it is time to study again sirah. i am forever fascinated by his writings.
  4. to study again nasr’s man and nature
  5. aziz al asmeh islam and modernities.  quite new to me, found in Verso’s collection. a syrian professor in CEU. his thoughts are very interesting and relevant in modern times. again culturalism/cultural identities, which can be very annoying these days in the development word. i believe if i manage to go to budapest this year i shall make it a point to visit him, or take his lectures.

this, and i have moved on to want other things. for example, a DPhil to undertake in 2 or 3 years, hopefully with a scholarship. therefore, no time nor resources to waste. it has been fun, friends, but return to solitude/bersendirian/khalwa i must.

tiada

apa yang lebih baik daripada memikirkan apa yang bakal berlaku, dan pasti berlaku. sebuah penantian yang penuh kesabaran, dan dalam kesabaran tersebut itu adalah sebuah nikmat. dan kita saling memahami, saling bertaut mata dan mengangguk dan berpaling arah kerana tiada apa lagi yang perlu diuturkan. dalam dunia yang penuh pura-pura, kacau dan dusta ini, penemuan sebuah keyakinan, iaitu kau dan aku, ini  cukup untuk menenangkan hati dan memberi secebis harapan bahawa bahagia itu wujud.

melihat m bekerja

tidak banyak yang boleh ditulis malam ini, kerana tiada sesuatu yang perlu diluahkan. jadi, ala Madiha, bullet points sahaja.

  1. saya agak terkejut (atau dalam erti kata yang lain, gembira dan syukur) yang enam bulan selepas kali pertama bertemu doktor doktor ‘sakit jiwa’, saya semakin mudah memahami dan menangkap segalanya, pemikiran saya semakin jernih, dan perasaan saya yang dahulunya selalu berbolak-balik kini boleh duduk diam. i was cured, alright.
  2. hujung minggu banyak diluangkan untuk berjalan-jalan di bukit-bukau, taman tema, tepi sungai dan tasik, makan di restoran-restoran sekitar NRW, melihat konsert budak-budak universiti, bermain Catan, dan menikmati waktu bersama teman-teman yang lama dan yang baru dan yang bakal pergi.
  3. saya terlalu sibuk sekarang dengan kerja, dengan pelbagai projek (menarik dan yang tak menarik), tapi sekarang merupakan waktu untuk bekerja keras sebelum bercuti musim panas.
  4. apa yang perlu dilafazkan telah dikatakan, dan kita cuma memberi ruang dan waktu.
  5. saya menggunakan insurans kesihatan kaw kaw untuk melakukan segala jenis rawatan. selamat tinggal sakit belakang dan kaviti.
  6. pertemuan secara rawak di kedai kopi – apakah saya telah bertemu Loq versi orang jerman?
  7. seperti yang saya katakan kepadanya sebelum ini, saya bukan milik sesiapa.

and in thirty second’s time

i have been enjoying my weekly or mid-week trips to koln, lately. in fact, in has almost  become a routine these past few corona months – slow nights with some company and randomly-assembled collage of music, occasionally sprinkled with bits of conversation over pizza and drinks. i am a hot water drinker these days, and would prefer to sit in a corner, blanketed, and ignore the stream of voices and take in the mood. very sparingly, i would chip in, but mostly i stay quiet and listen to the back and forth that goes on for hours without much effort from both v and s – they complement each other quite well.

in the train earlier – an old friend told me an old teacher ‘misses’ me. i see myself manifested as a facebook post, as a bit of conversation between two characters. as a story that ends well. i had completely forgotten about her – and she resurfaces like an afterthought – this image that you may leave an impression on others not quite the same as the other on you. a fleeting image – a two minute reflection – nonetheless, it is quite startling to see yourself reduced to a commentary. a footnote in another’s life.

andrea says i should write more, but i will not give her the pleasure. things come when they need to – everything else is just fluff.

a pillar of salt

now i need to embrace the week alone, finally. i am quite tired of people and wish to die. i wish to unburden myself of all feelings and let what may happen, happen. i am quite unnerved by the presence of another looming in this house and i wish for silence and solitude.

ifa is right, i’ve suffered enough.