h. city rollers

post election euphoria, she returns to jakarta, with a sense of longing for solitude that only found in this chaotic, invasive, contradictory city.

it’s the second time to sit in the squalor of his room, shoes hanging on the wall, eka kurniawan’s book married together with travel books, vonnegut, carnegie, chinese lessons and stacks of files piling on the floor, coasters from istanbul,  a bed holed in wooden cabinet. a barred window. we talk of his father’s death 3 days before. still, i don’t understand loss.

Y has moved out, replaced by a french girl i’ve barely spoken to. it’s too still at night at times, i distract myself by cycling to the gym (instead of a 25 minute walk), run to this is america, and read or drink tea, or a cigarette when i’m in the mood. i only checked his fancy new apartment in the weekend, crossing the old houses and majestic trees in Menteng. we talk, with the royal wedding playing in the background, sans coffee. love, drugs, F, drama from the day before, feeling lost in the world still. what is happiness anyway? one just lives.

and some things are better left unsaid.

merentas masa, merentas dunia

sebuah cerpen yang belum di-edit, dan mungkin bosan kalau dibaca bersama (keseluruhan) ruangan ini. 

~~~~

Mereka sedang duduk bersama di atas lantai berkarpet beralaskan selimut sambil bertukar puntung rokok, merenung dinding yang kosong dan melihat warna langit yang semakin gelap ditelan malam .

“Teh?”, N kemudian bertanya, langsung memecahkan kesunyian, dan aku angguk perlahan tidak menghiraukannya ketika dia bangun dan menuju ke dapur. Bunyi gelas yang diambil daripada kabinet kedengaran, dan aku biarkan.

Aku mencapai telefon bimbitku dan melihat jikalau ada mesej masuk, tetapi waktu di Malaysia terlalu lewat – semua orang sedang tidur nyenyak atau sedang leka dengan lamunan tersendiri. Seperti yang aku jangkakan, langsung tidak ada mesej kecuali ucap selamat malam dan jumpa sebentar sahaja lagi daripada F lima jam yang lalu.

Dia muncul di pintu, membawa dua cawan dan jag berisi teh panas, serta sepinggan biskut kering.

“Tunggu sebentar, teh belum sedia”, dia berkata, dan kemudian menyambung duduk di sebelahku. Aku cuma meletakkan tanganku di atas bahunya, dan dia bertanya apa yang aku sedang lihat.

Oh, tak ada apa, cuma Instagram seorang kenalan lama, dan aku hulurkan telefonku kepadanya, dan kami berdua melihat gambar-gambar yang terpapar kemas dan cermat. “Mana ni?”, dia bertanya.

“Jepun”, aku balas ringkas.

“Nampak macam menarik. Tetapi dia nampak keseorangan?”

“Memang ya pun,” dan aku gelak besar. N mengerling padaku dan balas, “Amboi jahat betul ya. Pernah sampai ke sana?”

“Ya, beberapa tahun yang lepas,”

“Dengan F?”

“Tak”. Aku membayangkannya dalam sebuah misi untuk cuba menjejak langkahku satu-persatu, dari negara ke negara, bandar ke bandar. Di setiap satu tempat, aku tak   menceritakan tentang kenangan atau peristiwa, cuma janji-janji yang disebut dan tempat-tempat untuk dilawati. Aku neutral orangnya. Di biliknya, empat tahun yang lalu, tergantung sebuah peta dunia yang telah aku tandakan dengan jarum peniti tempat-tempat yang aku pernah pergi, dan yang aku akan lewati suatu hari nanti.

“Mamat ini tak ada finesse, you see“, kata aku, menunjuk kepada komposisi gambar selfie yang janggal, senyumannya yang dibuat-buat, dan badannya yang semakin tegap yang aku bayangkan semakin sukar untuk dipeluk, dikelilingi bangunan-bangunan dan objek-objek masa lalu –  di kuil-kuil lama, di celah kesibukan kota raya, di gedung permainan video dan animasi, dan di taman permainan orang dewasa.

“Dia nampak okay aje. Apa yang terjadi?”, tanya N.

“Dia membuatkan aku terlalu gembira dengan keterpencilannya. Dia terlalu sempurna. Kami pernah berjanji untuk menyambung pelajaran ke Jepun bersama-sama, mempunyai anak-anak berkulit coklat, tidur di siang hari  dan melihat filem di waktu petang dan masak masakan sedap di waktu malam di hujung minggu dan bekerja sehingga mati, menjadi tua dan all that, mengucapkan terima kasih kepada tuhan atas nikmat-nikmat kecil ini. Aku sukakan semua tu, tapi aku sedar yang sebenarnya aku bukan orang yang macam tu. Jadi aku terpaksa pergi”.

Ia dunia yang terlalu jauh dengan diriku sekarang.

“Jadi siapa aku pula?” tanya N, sambil menuang teh untuk dirinya.

“Buat masa sekarang, sebuah realiti yang tidak boleh disebut,”, aku gelak kecil, dan mengambil cawan daripadanya dan menghirup kepanasan teh untuk melegakan penat dan dahaga. “Maaf”.

Seperti orang-orang lain, N hanya wujud sebagai sebuah momen yang terperangkap  yang tidak boleh diperkatakan, dipertonton, atau disebut ulang lagi. Tidak diraikan. Tapi all the same, aku mengambil gambar N yang sedang memandangku dengan renungannya yang tajam.

“Untuk koleksi peribadi lagi?”

“Ya, mungkin. Siapa tahu bila aku akan datang ke sini lagi”, dan aku melihatnya senyum sinis dan menggeleng kepala.

“Kau mungkin rasa yang berlagak tidak kisah, mentertawakan semua hal, atau meletakkan semua benda atas ketidakpastian ini satu cara paling selamat untuk menghadapi dunia, tetapi aku rasa, itu tidak sihat”.

“Itu semua betul, mungkin. Tapi kadang-kadang dunia terlalu memenatkan untuk menyatakan apa-apa. Jadi lebih baik begini, buat-buat bodoh dan tak tahu apabila ditanya.”

Crazy girl.

“Semua perempuan gila, kalau macam tu,”

Kami diam. Beberapa waktu berlalu sebelum N bertanya, “So… kau gembira mahu bertemu dengannya? F,”

“Sedikit,”

“Maksudnya?”

“Ianya macam sebuah penantian yang tak begitu dinantikan. Aku rindukannya, tapi dalam masa yang sama, aku semakin lupa macam mana nak bercakap dengannya semula. Tentang dirinya atau keluarganya dan orang-orang di sekelilingnya. Kebanyakan masa, aku tak kisah tetapi harus buat-buat yang aku peduli. Kadang-kadang aku lupa yang aku telah berkahwin,”

“Bagaimana seorang isteri boleh melupakan tentang suaminya sendiri?”

“Dengan mencintainya secara sederhana, hehe”

N mengerutkan dahinya dengan kenyataan aku dan berkata, “Sederhana atau tak, izinkan diri kau untuk berperasaan lebih sikit, boleh tak? “

“Nak, tapi tak boleh. We’ll see how it goes?

“Kau tahu yang kau sebenarnya tak gembira, kan?”

“Aku pilih untuk jadi tak gembira,” aku umumkan.

***

30 minit berlalu, dan aku bangun bersiap mahu pulang, “Aku harus pergi. Terima kasih untuk teh  dan yang lain-lain. This has been nice“, aku senyum, separa janggal, hampir mahu menangis, dan N memeluk erat diriku.

“Jaga diri, crazy girl. Jangan rindukan aku nanti”.

***

Keesokan harinya, aku menyambut F yang tiba di stesen kereta api, setelah 20 jam perjalanan kapal terbang dari tanah air, dan ketika aku menyalami dan mencium tangannya, dia memelukku dan bertanya, “Rindu tak?”

“Tak sangat,” dan aku melihat raut wajahnya berubah.

“Gurau je. Mestilah.” aku sengih dan menarik bagasinya menuju apartmen kosong kami.

sekadar selingan

dibelenggu buku-buku lama yang berhabuk di kepala katil, di rak dinding, di atas lantai, di sebalik pintu, dan di dalam kotak – dia tiba-tiba rasa dibebani cita-cita yang telah lama disilamkan.

*

selepas ini, bangkok, bonn, jakarta, flensburg atau kembali ke tempat asal? yang penting, kembali kepada F, dan lupakan yang lain. tahun ini tahun ketidaktentuan.

*

it’s a strange feeling when home doesn’t feel like home anymore, but rather somewhere you spend X days before you move on to someplace else. you become more agitated, more restless, like a storm brewing inside, the longer you stay there.

*

adalah sukar untuk menggambarkan perasaan tidak tahu untuk apa kita bergerak seiringan dengan waktu, apabila waktu itu sangat relatif dengan tempat yang kita duduki. semakin sesak, semakin kuat perasaan untuk tidak mahu diganggu oleh waktu atau orang atau cuma unsur unsur yang boleh menarik kita masuk kedalam kesibukan dunia.

atau adakah ini cuma kekosongan diri (yes, diri), yang selama ini ditangguhkan atas alasan pengabdian kepada pengalaman?

*

perasaan menggunakan aku apabila membahasakan diri di kalangan remaja, budak-budak, orang tua, di kedai, dengan abang gojek dan di pejabat – itu liberating.

*

bulan ramadan ini, sepenuh-penuhnya di indonesia. semoga aku kembali kepada tuhan dan hadir semula dengan penuh rasa rendah diri, dan diisi semula budi dan hati dan cinta dan iman.

*

kadang-kadang perbualan harus dua hala – dan dua manusia, yang apabila boleh berlaku jujur dengan satu sama lain – itu menjadi lebih bermakna. setakat ini, kita, cuma berada di sisir kejujuran, di ambang ketelusan, dan belum menjejak masuk kecuali kalau sekali-sekala ada perkara yang menggugah jiwa. tapi itu pun, akan diletaknya di luar, bagai mempelawa masuk, tapi sayang, kadang kita berdua tak pernah mahu tunduk, mengutip, dan mengetuk.

 

hide-away

  1. jakarta is treating me nicely, with friends and family nearby. a whole room to oneself, with the opportunity to overlook the swimming pool from the window, voices from the kitchen that echo through the walls, each room with their own tenants and stories.
  2. returned to my kos only to go out 30 minutes later. as i wait for the motorcycle to arrive, i bumped into my massueuse / the pijat girl crying on the sofa. her “boyfriend” was apparently leaving her, and i see bags full of perfume and other goods. i give her a hug, exchanged numbers, and left. later on that night, i asked the pak guard what happened, and he says the buley has another pijat girl now.
  3. f and i exchanged emails every 10 days or so, as a way to keep in touch aside for the twice a day phone calls or facetimes. we are both doing okay without each other, i say to everyone, but i guess LDR across countries is still a foreign and sad idea to my immediate friends.
  4. I happen to sometimes hang out with A sometimes, and maybe with Y for dinner (for him) and coffee (for me) at Fakultas Kopi. just to fill in the time, like the fizzes of a soda that eventually stops hissing and tastes stale at the end. empty pleasures.
  5. last i spoke with E he told me to like a german girl’s post for a 3000 euro voucher. he pops up enough in my view with his green jacket and afghani green tea that i miss.
  6. so when i went to hang out with my in-laws to a kurma store in seksyen 18 shah alam, i bought green tea and cardamom, and made myself a pot. it never tastes the same.
  7. i arrive with my room smelling of cigarettes. i never smoked inside, but i imagine one of the cleaners observing my unkept room and scattered clothes and an unopened pack of cigarettes and reading Nata’s postcard with an image of Virgin Mary on the back.
  8. to arrive at deeper conversations and initiate gestures : how does one begin?
  9. i’ve decided that i will love F forever, as long as he continues to love me the same.

three is the number

After Watermelon, life seems to pass by as simple as possible. Interrogations, swallowed by the sand, disappeared in the hills, hair blowing in the wind, running ala @antidagger (my favourite thing on instagram after the fab 5), sleepovers, movie nights with wine and whiskey. All in all, life resumes.

***

E and I said our goodbyes days before we left Scotland. I have enjoyed living with him with our semi-deep talks over cake and tea, and that is enough.

***

F and I away, for another 5 months. I will miss us together.

I told him I will find a boyfriend in Jakarta, half jokingly, but who knows?

***

A week in KL. What to do, who to see?

attagirl

two weeks in scotland, and i’m already in a pool of mess. eight thirty am, and i come home breathing the fresh air that also smells like peroxide, greet E outside the bathroom, say “i am truly the most fucked up person”

***

the feel of hair blowing in the wind, a pleasure i have not felt for a long before.

***

bathing the skin in warm sun, running down sand dunes, watching sheep grazing, rabbits running into holes, snowy mountains in the far off distance, snow followed by sunshine then rain in the space of 20 minutes, endless lakes and frozen ponds, the sound of the sea.

 

***

watched 20th century women, in love with Greta Gerwig of Frances Ha, that sad solemn face who will break out into a dance or a nervous chuckle, revealing a knowing smile and beautiful teeth.

i will grow my hair like hers.

***

did something happen to you, asks Nata, while we are walking at the beach, at the very edge of Harris. Yes, but it is something even I cannot tell you. Emotional, or physical? A little bit of both, I think.

***

 

“so tell me, how’s your life been these past twenty five years”

“well, i grew up pretty privileged : in a good environment, good family, good education, – no misfortunes happened to me that i do not bring upon myself. it’s not that i am crazy, or out of control, i just happen to hate myself sometimes that i am drawn to self-destruction”

me rehúso

macam biasa, dari hari ke hari, tak banyak yang berlaku.

*

december: reports, parents coming and thinking nothing has changed, the familiarity of nasi lemak in the morning, trying to keep up appearance.

italy – rome, florence, milan. graves ruins and chapels, strange men in the night, midnight walks alone, thoughts of dostoevsky walking in gardens. it’s strange, when you think that someone (lets say, an author) was a tourist too at a tourist attraction that was there 100 or 150 years ago.

*

will be leaving F for 5 months – a month in scotland, another four in jakarta. let’s see what happens. possibilities of staying in europe after graduation, i don’t know. other people seem to hang in there.

*

i have read approximately only…. Murakami last year. so that’s a single book for 2017. cannot call reading as a hobby anymore, i guess.

*

i refuse to, still. it’s always the sequence of events and gestures that intrigue me the most – this routine of ours.

but this will not survive long, i am sure of that.

*

favourite thing to cook right now : roasted vegetables with couscous.

disruptions

Due to circumstances, or to time, the two of them simply seem to be far, far away from each other, one never to be grasped, another an impossibility. But what is one to do: we must let time play its role, let life happen and let things go and remember each moment and gesture as much (hard) as you can and live with those. 

Otherwise visit each other in the dead of the night and declare nothing. Question is, where are you these days?