semacam fomo tak dapat pergi tengok erk dan lain-lain, tapi macamlah saya rajin pergi gig sewaktu di jakarta. lalu, pilihan minggu ini: sampa the great.
terlalu banyak yang berlaku dalam tempoh sebulan yang lalu, sehinggakan saya tidak menemukan ruang (ketiganya masa keinginan dan tempat) untuk duduk. penjelasan yang pendek – seluruh jiwa ini telah dicucuh dengan adrenalin yang entah datang dari mana – tapi tepatnya adalah (kombinasi) kerja yang tak habis-habis, semangat nasionalisme (yang sementara), amarah kepada orang-orang bodoh (tapi dimaafkan), sedos kegilaan di suatu petang melihat matahari terbenam yang jauh lagi real daripada apa yang Van Gogh boleh gambarkan, Max Ernst dan warna-warnanya, Christmas Markets, generasi orang-orang baru di NRW dan fiil mereka dan well, i am perhaps just exhausted all the time.
jadi tidur dan hujung minggu dalah sesuatu yang selalu dinanti-nantikan, man kann nicht auf allen Hochzeiten tanzen, kata Jonas. lazimnya saya akan benamkan diri dalam tab mandi dikelilingi lilin lilin, airnya diisi separuh dan ditaruh apa-apa bath salt/bombs/oils, dengan rokok di tangan, lalu saya akan membadak sejam dua dalam kesunyian malam – minah jenining myself.
saya kata pada andrea, fasa ride on shooting star (mania?) ini yang ini bukanlah sesuatu yang stabil – saya pasti akan jatuh dalam masa terdekat – disember akan tiba (dan telah-pun tiba). namun dia cakap – selagi ada sesuatu yang menarik di hujung mata saya, schon gut. ini setelah saya mengkhabarkan segala rencana saya untuk enam bulan seterusnya – seperti semuanya sudah tertulis dan saya hanya akur kepada aturan kehidupan tapi jauh di sudut hati, saya tahu yang bila-bila sahaja – seperti Salinger’s Teddy, atau lebih dekatnya seperti adik saya yang tiba-tiba mendapat TB, atau mendengar khabar seorang ayah kematian bayi kecilnya di kolam renang – hidup ini bila-bila sahaja boleh bertukar aturannya.
zurich was a fun and sterile retreat. seventh year of marriage, it is sweetly painful to discover that memories and desires can still be stirred.
reading: Less is Enough, Pier Vittorio Aureli. an idea for a thesis comes up – to contest the idea of land / private ownership – a sense of temporality of man on earth – perhaps an exploration / ethnographic research from either – the kampung way – as influenced by the east / islam whatever ethos have yous in the region? as in, naik robohnya sesebuah rumah kayu itu, atau mungin tentang acara buka tanah/ kampung lalu setelah tiga empat generasi ditelan hutan semula – sebuah ethos tentang alam yang tidak cocok dengan konsep pembangunan moden (dengan simen, pemilikan and that). anda rasa bagaimana?