artis/genre pilihan minggu ini; Brothers “Hayya bil-Jihad”, “Teman Sejati”. Saujana “Keluarga Bahagia”.
lebih banyak draf-draf separa masak sekarang. saya sepatutnya tidak hanya berpuas hati menulis one-off sentences di Twitter berbanding mungkin, idea separa masak yang harus diletakkan di mana-mana.
pulang dari malaysia, saya cuba melawan keinginan untuk tidur awal, tetapi sekarangkan musim sejuk, jadi ini kerja sia-sia. jadi muncullah sesi-sesi empat pagi terjaga dan meratapi keberadaan diri sendiri dan menyesuaikan diri dengan the european mode of life. ini, yang saya ertikan sebagai sebuah kesunyian, kesejukan, mengetatkan muka dan badan, menjadi lutheran yang bekerja keras di waktu siang dan beristirehat di waktu petang (F dan siri Succession-nya) bersama kawan-kawan yang berdiri memegang gelas wain dan duduk bareng di hadapan skrin / permainan papan / mesin karoke. kita semua perlukan opium pilihan kita untuk meneruskan kehidupan, lalu saya pilih apa?
tentang hal kerja, yang saya nampaknya harus lebih serius, kuat berteriak, berlagak tahu semua benda dan pendek kata, harus lebih poyo gedebe. ini setelah berbual dengan para wanita dan mendengar keboringan melawan pihak atasan untuk meletakkan sebaris nama di laporan atau ditempatkan di lapangan di tengah-tengah Western Australia. girl, more power to you. jadi izinkan saya berpura-pura di hadapan delegasi UN di Geneva (onlinelah tapi) minggu depan, berbicara tentang memodenkan kapal-kapal dan feri yang melalui sungai Danube dan…. Mekong? Latiff Mohidin pasti bangga.
Saya, M, cuba mengambil semua ini dan memikirkan apa je yang penting dalam hidup buat masa sekarang – dan yang muncul hanyalah pokok kailan terung dan tomato yang disemai sebelum berangkat, primavera di Barcelona, Imran Khan, esei-esei yang tak tertulis, buku-buku yang tak terbaca yang saya katakan untuk PhD saya (eventuell) nanti, dan berangan-angan tentang menghabiskan tiga minggu di London mendengar kuliah di pagi hari dan melepak di malam hari. kita tunggu.
tapi untuk pagi ini, kita cuba joging di tepi Rhine. Also, Ciao und Bella.