友達もいなくなって baby, it’s blue // mulberry dreams

disebabkan dah masuk tahun baru, kita harus setidak-tidaknya merajinkan diri untuk menulis setiap 2 minggu sebelum semuanya luput.

post-kuarantin tujuh hari, saya dan F telah banyak ke sana ke mari dan ini meletihkan. rasanya, setiap pelosok (baca: neighbourhood) KL tu dah kami masuk. dan tiap kali melewati beberapa jalan atau bangunan, memori-memori lama mula kembali. KL kini lebih walkable, Pasar Seni semakin hip (?) dengan budak-budak lepasan kolej ingin ber-instagram, mat basikal meliar baik di tengah-tengah kota atau pun di pinggiran bandar, ular-ular gergasi semakin berselirat tumbuh di celah-celah bangunan dan saya fikir (dan declare), saya ini seseorang yang lebih senang hati tinggal di luar bandar atau pun kampung. kunjungan ke sekurang-kurangnya 10 buah kediaman teman-teman menyebabkan saya rasa maintainance fees are ridiculous, tetapi mungkin tiada bezanya juga dengan konsep Hausmeister di Jerman.

tua-tua ni, adalah menarik untuk menyaksikan paksi (orientation) dan pertalian diri sendiri dengan orang lain di luar lingkungan keluarga nukleus (dan suami isteri). kedatangan ahli keluarga baru (walaupun di pinggiran) membuka ruangan kuriositi tentang ragam dan latar belakang orang lain. walaupun hal ini mungkin dapat di akses dengan berkawan, masuk persatuan, ahli kariah masjid, orang kampung, syarikat etc. etc, – kemasukan (dan penerimaan) segera orang luar memperlihatkan sisi-sisi menarik. objek : superbike, futsal, tab besar protein, minum petang sambil berbual mengenai orang yang mati jatuh berderai (berkecai?) dari tingkat ke-56 di ibu kota.

paksi (pendirian) maisarah terhadap alam sekitar dan pokok : bukan untuk hiasan, tetapi untuk tujuan makan, guna dan kalau panjang umur, berteduh. bonus kalau cantik, best kalau boleh makan. nota dari mbak nor dari madura setelah sesi urutan 2.5 jam ; 5 lembar jambu biji dan 1 batang serai direbus dua pulo minit kemudian di minum dua hari sekali – pecah lemak, jerawat, angin, peranakan, ALLES.

nota nota kecil ala madiha

  1. saya harus membeli buku nota muji 2022 saya.
  2. sedang menulis esei (separa merancang, sebenarnya), working title – cita-cita dan harapan wanita pasca-20an. harap berhasil.
  3. kota melaka sebenarnya sebuah kota yang bingung identiti… and the dutch keep no worthy records of melaka? seperti sebuah amnesia setelah kejatuhan kesultanan melaka dan seterusnya portugis dikalahkan, kecuali bangunan merah stadhuys.
  4. setelah berkeputusan saya sebenarnya takdelah berduit (hence no afgan carpet), patutkah saya berinspirasi untuk sekurang-kurangnya memiliki sebuah tas tangan berjenama?
  5. jadi, mungkin saya patut babai rencana ps5 saya?
  6. antara rembau dan pata.

Leave a comment