(I need a doctor)

Sedang obsess dengan the drums sebab tak perlu perasan pseudo sedih tapi cuma mengamati kehidupan normal dan mundane.

Pulang dari Paris dan saya sakit kaki kerana banyak berjalan. Keterujaan saya melawat kota Perancis buat kali kedua agak low-key kali ini. Selesai mengutip kitab kitab kerajaan bima, kita berjalan menyeberangi Seine melalui Eifel dan bangunan putih opressive mencari kedai makan.

Satu hal yang wajib dirakam – kami mengunjungi mungkin satu-satunya restoran melayu di paris. Sambil makan kuay teow kung fu dan sate, filem-filem pendek dakwah dimainkan di belakang. Kanak-kanak sebagai pelakon. Orang yang memberi hutang dan memaafkannya pahala lagi besar. Bisnes berkembang berkat memakai kopiah capal di kepala. Baca doa sebelum keluar tandas.

Tukang-tukang masak muda berjerawat melambai-lambai dari dapur dan tidak berani menentang mata saya. Kami mengangkut beg di sebalik meja resepsi, yang (anehnya) bersebelahan dengan katil bayi. Saya memikirkan, apakah modus operandi GISB holdings dan semacam jenis apa pemikiran mereka. F sekadar berdiam diri, memikirkan zaman dakwah / tariqat / home schooling ibu bapanya di Amerika dulu. Saya memikirkan zaman kanak-kanak di UK dan saya cuma ingat akan tembikai, nintendo, bukit dan bunga dandelion – bukannya orang-orang dewasa. Terima kasih ABIM / islam moderat?

Leave a comment