some unfinished sociological/anthropological thoughts;
1/ tentang bebanan budaya (“cultural baggage”)
selepas menelusuri jenis-jenis mumia, mayat, dan tulang rangka ribuan tahun dahulu pada petang ahad yang agak lesu di rumah – saya memutuskan bahawa adalah tidak sihat untuk (rasa) dibebani sejarah. dibebani dari segi pemangsaan diri (victimizing the self), dan juga pengabsahan sesebuah “kebudayaan” yang telah diatur ratusan atau puluhan tahun lalu – dalam percubaan untuk menggali asal usul diri ini. lantas Melayu, Islam, agama, bahasa, bangsa – cukup sekadar apa yang terbit pada memori nenek moyang kita – usah dipedulikan yang lain.
mungkin secara ringkasnya – adalah lebih mudah untuk kita mengukur asal usul menurut unit keluarga sahaja – ala ibn khaldun – cukup sekadar “empat generasi” – kemudian yang lain-lain bebas mencorak arah kehidupan masing-masing. ini terlebih dahulu sebelum memasukkan diri dalam acuan masyarakat / komuniti yang lain. ianya penting, namun unsur-unsur terdekat jauh lebih membentuk anda sebagai seorang individu berbanding “masyarakat” / “netizen” et cetera.
Readings :
- Ibn Khaldun’s Mukaddimah
- Shamsul AB’s theory on Nation of Intent
2/ tentang nama, kaum, pemerintah (“the state”) dan Radiohead’s How to Disappear Completely
adalah sesebuah kekesalan sampingan bahawa projek census atau bancian yang asalnya untuk mengetahui isi jajahan sesuatu tempat untuk tujuan ekonomi (baca: mengutip cukai) telah menjadi sebuah alat untuk mengatur kehidupan manusia dari kelahirannya sehinggalah dia mati. bermula dengan kad pengenalan – yang mematikan nama kepada si fulan bin si fulan yang lahir di negara ini – dia terpaksa akur dengan nama dan penempatan ini untuk tujuan-tujuan rasmi seluruh hidupnya. manusia tidak lagi bebas bergerak ke mana-mana yang disukai dan boleh mati dan hidup kembali dengan nama lain di tempat yang baru.
jadi pengadilan hidup dan nasib sesebuah itu berlaku secara berterusan – dari simbolik nama terakhir/penama/tribe/kaum/pekerjaan anda atau dari tempat asal usul yang mungkin jelek. maksud “exile” / dibuang negeri tidak lagi boleh berlaku melainkan anda tiba-tiba membakar segala dokumen anda, meninggalkan segala harta dan berlari ke sempadan Mediterranean – sebuah usaha yang benar-benar hidup atau mati. mungkinkah ada yang gembira dengan status stateless dan dinafikan hak-hak sebagai penduduk?
Readings :
- James C Scott : Seeing Like a State
- Basically…. world politics at the moment
3/ tentang asal bangsa manusia, jin dan segala dewa-dewa
sedang cuba mula menulis. will expand on this later.