sebuah proses self-effacement mula berlaku apabila anda mendengar bob dylan dan memikirkan bahawa moments of clarity of perfection (for lack of a better word in Bahasa Melayu, mungkin ada dalam Bahasa Arab?) boleh berlaku kepada sesiapa, dan anda sedang membuang masa.
setelah jiran setingkap saya (maksudnya, balkoni dia dan tingkap apartmen saya berada dalam penglihatan masing-masing) menyepi selama seminggu, dia muncul bersama lima rakan lain dan melepak di luar. saya yang merasa terperangkap, mula bosan dan mendengar tjw. fragments; holy grail=hajarulaswad, glastonbury=hajj, druids=new age hippies. saya mudah terhibur agaknya. dan saya kontrakan momen ini dengan mendengar harari berucap mengenai dunia pesimistik ai bioinformatik china usa dll dll – saya merasakan harari tak ubah seperti dawkins; trendy (baca: diangkat) buat masa sekarang namun setelah tiga puluh tahun ideanya mula basi. manakala tjw – seingat perasaan saya dua jam lepas – seperti mata air yang tidak putus sumbernya dan sentiasa mengalir memberikan hikmat (what do you call pearls of wisdom? kata-kata geliga?) kepada sesiapa yang dekat dengannya. sendirinya dia sudah lama menidakkan dirinya, dan cuma menjalani usia sebelum mati.
i was going to say tap water, but mata air sounded more pretentious.
mungkin ini yang saya mahu; cuma menjalani kehidupan dengan aman dengan sebuah kepastian bahawa diri saya ini, baik-baik sahaja. kalau pun mati, biarlah pada waktunya dan kalau pun hidup (lama), biarlah sampai perlu sahaja. yang lain-lain – baik minat, keluarga (dan lantas keinginan berkeluarga), love in all forms, rakan-rakan dan well, the world – yang walaupun enak, kadang-kadang memenatkan jiwa juga.
untuk mencatat tentang minggu lalu – saya menerangkan, dua-dua kepada Andrea dan J secara asing, bahawa pengalaman lsd ini walaupun sebuah renjatan (?) akal yang gila dan kelihatan seolah-seolah sebuah momen yang mistikal / great / amazing / klar / kreativ / bodoh / hilang upaya otak yang digantikan upaya hati semata-mata (what i mean to say is… suspension of the brain), ia perasaan yang palsu.
quote of the day ; #gagalmerancangmerancangkegagalan