hajat saya yang baru sahaja melalui antara minggu paling menyiksakan buat saya – pertama kerana hal kerja kedua kerana kelas casis ketiga kerana kelas summer school keempat well kehidupan normal untuk menelani segala isi luar untuk saya menghadam dengan diam sambil cuba menjadi isteri orang dan juga sambil menjalani kehidupan sosial normal dan akhirnya juga (cuba) untuk menjadi insan yang lebih well – spiritual —– berakhir (dan bermula?) dengan kecurian basikal saya. rasanya segala jin-jin kurang senang hati dengan pembacaan ceritera asal-usul mereka lalu diusikkya saya ini.
apa-apa pun, saya berterima kasih dengan j dengan pemberian kecilnya ini – juga ingat besok pagi yang saya telah menjanjikan segala macam-macam hal kepada dunia. contohnya, penterjemahan surat selamat jalan kepada (arwah) Amin Sweeney – yang kiranya terlalu akrab dan personal untuk saya cuba olahkan kepada Bahasa Melayu. Dan saya kira, ini bukanlah hal yang senang – pertama kerana pengarangnya masih hidup, kedua kerana begitu peribadinya surat tersebut, ketiga kerana saya malu dan sedar siapalah saya untuk cuba menerjemahkan surat seorang sarjana bahasa melayu kepada rakan seperjuangannya yang jauh lebih tersohor atau lebih mendalam ilmunya – yang memang khas ditulis dalam bahasa inggeris – kepada bahasa melayu? ini pekerjaan gila, tapi sis cuba.
side note; kadang-kadang adalah pekerjaan bodoh juga saya besar kepala nak tolong proofread thesis phd orang ni.
sesamping soal-soal akademis, kita juga harus meninjau persoalan diri sendiri juga. kerana bukanlah dengan khayalan semata-mata dan segala macamana bentuk cara makannya yang harus menjadi pendamping hidup. adalah saya merasakan juga yang apa yang bisa dialami oleh manusia secara instant (seperti mi segera, misalnya), tidak mungkin dapat melawan nikmat whatever spiritual union mokhsya derwishes hallaj israk mikraj itself – you know what i am talking about. jadi adalah sebenarnya pekerjaan sia-sia untuk kita syok sendiri walaupun kita sedar bahawa kita ini tingkatnya di bawah aja bahkan lagi hina lagi hitam #baniadam. yang harus diutamakan tentunya well – membina iman #thingsyoucannottalkwithoutyourtherapist #therunningthemeofthisblog #helloitsajokebynowitsafarce – dan hal-hal lain.
I shall stop. Goodbye goodnight.
draft hujung mei lepas
baru baca tulisan sebelumnya. kesudahannya, saya baru pulang dari sepanyol. bercuti ketika pandemik ni memang tak fun, dan saya agak gembira-lega saya keseorangan dan tak perlu melayan karenah orang lain selain kekelamkabutan diri sendiri dalam mengurus pembelian tiket, jadual testing, mengejar tren bas dan penerbangan dan sembang-sembang broken spanish saya. kesimpulannya, saya survive.
to speak a little on the Andalusian region – it is mega dry, with endless rolling hills with olive plantation ad infinitum. one wonders why this area should be perhaps the heat forces people to stay indoors at all times – hence the closed nature of narrow dusty streets that open into magnificent courtyards (inaccessible to the outsiders). it is at this moment i realize that trees are a gift – no amount of umbrella or air conditioning can replace the natural cooling effect of trees.