propuesta

  1. tajuk daripada dua jam mesyuarat dalam bahasa sepanyol tadi.
  2. Jawapan saya kepada ‘bengkel penulisan laporan’ di tempat kerja – mungkin, anda tak perlu menulis langsung kalau tiada apa yang (penting) boleh disumbangkan kepada dunia?
  3. baru beli e-reader pada malam ahad, dan mengutipnya di kedai buku pada petang senin, dan harap-harapnya saya kurang beli buku-buku yang lebih fleeting tajuknya.
  4. sedang membaca Overshoot dari William Catton Jr. Agak enak dan lebih tajam dari semua buku Verso post-Anderson ni. saya terhibur apabila dia mengatakan sepatutnya kita lebih baik mati daripada meminjam daripada hasil perut bumi dan tanah lain (ghost-acre), menangguhkan kematian kemudian menyusahkan orang dengan sains dan makanan.
  5. jadi tak patut/perlu takutkan pandemik lah, kan? #redhawins
  6. mungkin kita tidak boleh mengandaikan peribadi atau mengukur seseorang itu daripada buah mulut orang lain ataupun apa yang wujud secara publik di ruang maya (kecuali tulisan, tentunya).
  7. of course, untuk poin di atas, saya mengharapkan ini kepada diri saya sendiri. saya persona non-grata di luar konteks profesional saya, dan aim to be so. kata tjw, menjadi tidak dikenali lebih senang.
  8. mungkin ini simptom poyo saya apabila saya malas menerangkan semuanya kepada seseorang (maksud, the essential) dan menjadi lemah anggota apabila seseorang ingin menerangkan segalanya (setiap butir kata, the rudimentary) kepada saya.
  9. hujung minggu diluangkan dengan menonton filem Merah (1996) arahan M Nasir dan sebelumnya, XX Ray. Saya lebih tertarik dengan latar belakang batu-bata coklat bersimen UKM ditandai nama bangunan font biru-nya. Merah dapat markah ekstra sebab feature melayu hip hop 90-an (Nico, was that you?)
  10. cita-cita saya ke andalusia terkubur apabila rupanya anda juga tak boleh merentas daerah di sana. welp, tinggalllah saya di sini membuat kuih gunting dan semperit.

Leave a comment