dah lama tak menulis dekat sini, saya hanya mampu dalam bentuk fragmen sahaja. sambil dengar soundtrack filem Ema.
kadangkala, apabila kita menutup ruangan bicara (baca: omelan) yang mudah (baca: media sosial), barulah kita mempunyai masa untuk mengolah kata-kata menjadi sebuah olahan yang lebih teratur. biarkan ia berlegar-legar di minda namun penting untuk meletakkan ia ke sesuatu tempat. of course, saya menangisi pemergian ‘thoughts while high’ tapi kadang-kadang biar je sebab kebanyakannya macam tak boleh bla.
menghantar artikel ke Naratif M, dan menunggu abang besar Frankfurt menerbitkannya. apa alasan kau lambat, bah?
melihat filem Overseas tentang OFW (Overseas Filipino Workers), bersedia di sebuah sekolah sebelum mereka berangkat ke majikan masing-masing. Ini mungkin filem dokumentari paling personal saya pernah lihat, diselangi tangisan dan harapan mereka. Menariknya, si cikgu menanyakan kepada para perempuan, “siapa di sini ex-abroad?” dan saya teringatkan terma BFG – untuk dak dak oversea Malaysia yang back for good.
Saya tak rindukan kem persediaan luar negara.
MZU banyak namedrop buku dalam kelasnya, yang memaksa saya memesan banyak buku dari UK (terima kasih World of Books). Saya lebih cenderung untuk meminati pemerhatian TD walaupun dengan syarahan monolognya, mungkin kerana posisinya sebagai lebih meluas walaupuan tetap berada dalam kerangka ilmu Al-Attas, dengan menganalisa apa yang ada di luar daripada dunia Islam. Atau mungkin saya cuma bias kerana tak mahir bahasa Arab.
saya sambung kerja-kerja repot untuk bulan april / puasa supaya saya boleh chill di Spain lepas raya.
kadang-kadang kita terkenangkan teman-teman lama yang lama sudah tak berbicara, tapi kalau sudah tidak ada points of intersection (?), apatah lagi mengenai kesefahaman tentang hidup dan perletakan nasib, apa gunanya? i mampu doakan je.