
saya menghadiri kelas kedua terakhir bahasa arab saya via zoom.
spotify mengirim emel ‘Wrapped’-nya kepada saya, menandakan bahawa tahun ini akan berakhir, akhirnya. Katanya, saya telah mendengar muzik selama 101,000 minit, yang setelah dicongak, merupakan lebih daripada 20% masa saya, atau 5 jam sehari. mungkin sahaja saya yang malas menutup laptop yang terus memainkan lagu sehingga besok pagi.
sejujurnya, hanya dua yang album saya dengar secara serius tahun ini : Mordechai (Khruangbin), The Long Goodbye (Riz Ahmed). Dan selain Hamid Al-Shaeri, yang muziknya mengingatkan saya kepada zaman-zaman bermain Sonic, Pokemon dan lain-lain (a.k.a 6 – 8 tahun), tidak banyak yang mengagumkan saya tahun ini.
saya megeluarkan buku Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman, yang dibeli bersama Loq sewaktu pulang ke Malaysia dahulu. Saya terhenti pada ayat “Remang fikiran lelaki tua itu berbaur dengan keremangan senja“.
perhubungan saya dengan F telah mencapai 5 tahun. dia meraikannya seperti biasa – dengan kata-kata di ruang awam – manakala saya yang tidak sukakan performative love, hanya menuntut masakan dan hadiah. walaupun saya berkeinginan untuk berseorangan, saya sedar yang ini merupakan permintaan yang kini semakin absurd.
kalau mungkin dahulu saya sukakan plath, woolf, lou salome dan beauvoir, mungkin sekarang khadijah?
kebosanan mendesak saya untuk memesan CBD secara online dari Spain, memikirkan yang lawatan saya ke Koln mungkin semakin sedikit kerana N sudah mula bekerja hari ini. Mungkin, saya merindukan perasaan let’s say, “moments of clarity”, yang mungkin tak dapat disajikan oleh apa-apa bahan sekali-pun. saya tidak mahukan euforia, cuma cahaya.
“presence is absence from everything else”.