saya menyerahkan esei separa gedik saya kepada Loq. sebuah pendedahan diri lagi, setelah kali pertama melayangkan cerpen separa-fiksyen separa-autobiografi kepada teman lama saya (apa khabar penuntut PhD CASIS ini?) beberapa tahun lalu.
perbualan di pagi hari tentang apa itu rumah, bandar baru bangi dan pemaknaan diri. perkongsian foto sarapan. saya berhati-hati untuk tidak menumpahkan rasa.
***
rentetan itu, emel kepada F. setelah berbalasan mesej dan emel, saya akur yang saya ini tidak pernah akan (boleh) memenuhi (kedua-dua) kehendaknya dan diri saya sendiri.
***
perbualan telefon, selatan perancis <> kuala lumpur. ketakan papan kekunci dan bunyi dapur kedengaran di belakang. mungkin ini satu-satunya ruang untuk saya akhirnya boleh menangis. dalam cuba menerangkan segalanya, menutur apa apa yang perlu dituturkan – kerana tulisan tidak pernah boleh memadai – dia faham.
***
after being consoled by ancient greek wisdom, i have come to the belief that i have time. that being said, i am still superstitious and shall consult my own hands.
***
potential research topic: pemaknaan nilai kerohanian (?) dalam discourse alam sekitar/environmentalism, mengambil kira pandangan Nasr, Jacques Ellul (?), dan whatever alam melayu/nusantara wisdom has to offer. melawan globalisasi, urbanisasi, SDGs, activisme berslogan, technologists and western imperialism(?), tentunya. ambitious, nampak? nak jaja idea dekat siapa tak tahu.
oleh itu, pembelian buku-buku osman bakar.
***
lagu sambutan sempena esok keluar: ini.