- malam sebelum saya berangkat, kami berkumpul semula. sebuah pengulangan, mungkin hanya tamu dan makannya yang berbeza. rendang dimasak perlahan-lahan, kerana waktu berada di samping saya. n bergerak dari satu ruang ke ruang yang lain tanpa menemui tempatnya, dan bli bli cuba melayangkan rasa resahnya ke seluruh dunia lagi tanpa ada yang menyahut. f muncul sekali sekala, menunjuk muka katanya, sebelum kembali ke bilik kecilnya untuk apa saya tidak tahu. malam lanjut, lampu-lampu dimatikan dan lilin dinyalakan, dan sonia muncul bersama teman lelakinya. dalam suasana antara sedar // tidak sedar, lelap // tidak lelap, tidur // tidak tidur, malap // tidak malap, kami berbual dalam bisikan.
- pagi. pertemuan antara dua rakan baik saya di dalam ruang yang sama membuatkan saya gugup. apatah lagi dengan keterdepanan y dalam mengatakan, saya telah banyak mendengar tentang kamu. y, jangan malukan saya, boleh? saya membiarkan mereka berdua dan mempersiapkan diri.
- jika setiap permintaan atau perkataan selalu dituruti dengan keluhan, apa lagi yang boleh saya katakan? mungkin saya hanya mendengar apa yang saya ingin dengar. tetapi gerak-geri badan tidak boleh menipu, wajah apatah lagi.
- Ich lebe mein Leben in wachsenden Ringen, die sich über die Dinge ziehn.
Ich werde den letzten vielleicht nicht vollbringen, aber versuchen will ich ihn. - mempersoalkan tajuk buku yang diterjemahkan rakan saya – diari seorang gadis. apakah dia bukan seorang perempuan?
- lupakan buku-buku kuarantin yang lain – Hayy ibn Yaqzan adalah pilihan saya.