melihat m bekerja

tidak banyak yang boleh ditulis malam ini, kerana tiada sesuatu yang perlu diluahkan. jadi, ala Madiha, bullet points sahaja.

  1. saya agak terkejut (atau dalam erti kata yang lain, gembira dan syukur) yang enam bulan selepas kali pertama bertemu doktor doktor ‘sakit jiwa’, saya semakin mudah memahami dan menangkap segalanya, pemikiran saya semakin jernih, dan perasaan saya yang dahulunya selalu berbolak-balik kini boleh duduk diam. i was cured, alright.
  2. hujung minggu banyak diluangkan untuk berjalan-jalan di bukit-bukau, taman tema, tepi sungai dan tasik, makan di restoran-restoran sekitar NRW, melihat konsert budak-budak universiti, bermain Catan, dan menikmati waktu bersama teman-teman yang lama dan yang baru dan yang bakal pergi.
  3. saya terlalu sibuk sekarang dengan kerja, dengan pelbagai projek (menarik dan yang tak menarik), tapi sekarang merupakan waktu untuk bekerja keras sebelum bercuti musim panas.
  4. apa yang perlu dilafazkan telah dikatakan, dan kita cuma memberi ruang dan waktu.
  5. saya menggunakan insurans kesihatan kaw kaw untuk melakukan segala jenis rawatan. selamat tinggal sakit belakang dan kaviti.
  6. pertemuan secara rawak di kedai kopi – apakah saya telah bertemu Loq versi orang jerman?
  7. seperti yang saya katakan kepadanya sebelum ini, saya bukan milik sesiapa.

Leave a comment