pembacaan saat ini (dan sebelumnya)

di balik kata-kata dan peristiwa-peristiwa samar yang diceritakan di sini, aku juga membaca secara berkala. disebabkan takde orang di sekeliling yang boleh aku sembang tentang buku – kecuali mungkin seorang sahaja, tis a bit boring.

  1. the structure of scientific revolutions, t. kuhn

buku ini dicadangkan oleh Sarah, salah seorang pensyarah sewaktu di Budapest dulu, yang juga telah mencadangkan 10 buku lain. tapi sebagai asas untuk memahami sains (dan sejarah sains), ia menarik untuk dibaca. apparently (nampaknya?), perkataan anjakan paradigma datangnya dari kuhn, tapi mungkin telah banyak disalahgunakan oleh penulis karangan spm. pokoknya (as I understood it), aliran sains banyak memadamkan hal-hal yang lalu, sehinggakan kita melihat sains itu hanyalah kejayaan penemuan demi penemuan, dan mengabaikan proses penemuan (dan kegagalan itu sendiri). sebuah anjakan paradigma, melupakan sejarah mereka-mereka yang gagal (dan salah), contohnya siapa sebelum Newton atau Edison? Adakah mereka satu-satunya bapa graviti/elektrik, sehingga tiada yang telah cuba merungkaikan sifat dan perilaku sesebuah fenomena sebelum ini (bahkan dari zaman Yunani lagi?). dan lainnya, sesebuah disiplin, atau hukum sains mungkin hanya bertitik tolak daripada ‘anjakan paradigma’ ini menjadi ‘mainstream’ atau kebenaran yang tidak disangkal, sehingga penemuan atau teori alternatif yang tidak bersangkut paut tidak diterima sebagai sebahagian daripada disiplin tersebut, atau mesti berkait (derived) daripada pandangan mainstream.

anyway, i haven’t finished.

2. indonesia di mata v. s. naipaul

sebuah catatan tentang indonesia, yang diambil daripada buku naipaul tentang perjalanannya di negara-negara muslim di asia pada 1980/81. adalah menarik untuk membaca bahawa dia pernah bertandang di pejabat abim (di bandar baru bangi), di waktu kemuncaknya (aku membayangkan ayahku yang merupakan pelajar UKM dengan semangatnya membeli buku-buku revolusi islam – Shariati etc di markas ABIM). Di Indonesia, ada semacam bentuk romantisisme untuk membaca dia menulis landskap Jakarta/Jogja 40 tahun dahulu, dari lobi Hotel Borobodur, udara Jakarta yang sesak (yang baru 5 juta penduduk), bertemu sitor dan sosok isteri mudanya dan melawat pesantren-pesantren di desa. Naipaul kesimpulan yang menarik ini – bahawa islam telah datang ke indonesia untuk saling melengkapi agama-agama lain (hindu / buddha) yang telah lama bersemadi dalam jiwa seorang jawa (lel) yang hidup penuh ritual dan mendalami alam sekelilingnya. ada yang tidak difahaminya ketika melawat pesantren, kenapa kanak-kanak bekerja membuat perabot (bukankah itu kerja percuma/child labour?), kenapa gurunya dibayar sedikit etc. aku kira, ini mungkin masih sebuah elemen ehsan/ikhlas yang dimiliki orang jawa/melayu (atau orang kampung), yang tidak mengukur segalanya dengan wang, produksi/kerja, pengetahuan – bahawa setiap kerja & imbalan mesti nyata dan jelas di dunia moden. dan orang sebeginilah yang paling akan terkebelakang – mereka yang tidak meletakkan nilai wang pada masa & kerja sendiri (yang dimanipulasi orang atas akhirnya). but that is for another time.

 

 

Leave a comment