anagram

dia menceritakan tentang perjalanannya di Syria, beberapa bulan sebelum negara itu dilanda peperangan (?) / krisis. dari aleppo, damascus dan tempat tempat yang aku tak pernah dengar, tiba-tiba pandanganku berubah. seorang lelaki yang sunyi yang tak mempunyai kata-kata tetapi melihat dunia seluas-luasnya, menyelami, mengalami, berendam, larut, terbenam, tertanam dalam setiap tempat yang dilawatinya.

a, seorang lelaki yang menyambut harijadi ke 30-something nya, dihadiahi sepucuk poskad ditulis mesej peribadi, pemegang passport dan lilin wangi oleh anak buahnya (yang 10 tahun lebih muda). apa yang aku sangka sebagai cinta, rupanya tidak lebih kepada sesuatu yang lebih platonik dan juga penuh rasa.

aku cemburu sebenarnya, persahabatan begini. apabila dua jiwa mampu bertukar fikiran tentang apa-apa sahaja. peribadi default aku, merupakan sesuatu yang lebih berhati-hati. mungkin kerana aku sendiri tidak pasti dengan bagaimana cara menjadi lebih autentik, gitu. orang yang terlalu sedar akan kewujudan dirinya biasanya tak boleh bergerak, dan aku salah seorang daripadanya.

*

keinginan untuk menulis secara serius kembali, tapi kenalah ada bahan bacaan, kan?

*

bagaimana untuk melatih diri tidak cepat diganggui rasa? mungkin, berhenti main instagram, lebih banyak mengekspresi diri di khalayak ramai, lebih banyak menulis untuk diri sendiri, lebih banyak mengungkap apa yang dirasa.

mungkin aku harus mengumpul kekuatan daripada rancangan queer eye.

*

 

 

Leave a comment