dibelenggu buku-buku lama yang berhabuk di kepala katil, di rak dinding, di atas lantai, di sebalik pintu, dan di dalam kotak – dia tiba-tiba rasa dibebani cita-cita yang telah lama disilamkan.
*
selepas ini, bangkok, bonn, jakarta, flensburg atau kembali ke tempat asal? yang penting, kembali kepada F, dan lupakan yang lain. tahun ini tahun ketidaktentuan.
*
it’s a strange feeling when home doesn’t feel like home anymore, but rather somewhere you spend X days before you move on to someplace else. you become more agitated, more restless, like a storm brewing inside, the longer you stay there.
*
adalah sukar untuk menggambarkan perasaan tidak tahu untuk apa kita bergerak seiringan dengan waktu, apabila waktu itu sangat relatif dengan tempat yang kita duduki. semakin sesak, semakin kuat perasaan untuk tidak mahu diganggu oleh waktu atau orang atau cuma unsur unsur yang boleh menarik kita masuk kedalam kesibukan dunia.
atau adakah ini cuma kekosongan diri (yes, diri), yang selama ini ditangguhkan atas alasan pengabdian kepada pengalaman?
*
perasaan menggunakan aku apabila membahasakan diri di kalangan remaja, budak-budak, orang tua, di kedai, dengan abang gojek dan di pejabat – itu liberating.
*
bulan ramadan ini, sepenuh-penuhnya di indonesia. semoga aku kembali kepada tuhan dan hadir semula dengan penuh rasa rendah diri, dan diisi semula budi dan hati dan cinta dan iman.
*
kadang-kadang perbualan harus dua hala – dan dua manusia, yang apabila boleh berlaku jujur dengan satu sama lain – itu menjadi lebih bermakna. setakat ini, kita, cuma berada di sisir kejujuran, di ambang ketelusan, dan belum menjejak masuk kecuali kalau sekali-sekala ada perkara yang menggugah jiwa. tapi itu pun, akan diletaknya di luar, bagai mempelawa masuk, tapi sayang, kadang kita berdua tak pernah mahu tunduk, mengutip, dan mengetuk.