Menelefon Loq jam 7.30 pagi pada hari kedua dia berada di Frankfurt. Seperti biasa, saya gembira dengan berita baru dan kemungkinan dia melanjutkan pelajaran di sini.
***
Ada TV baru di rumah, dan saya menyambung semula bermain Playstation 4 saya dan menamatkan segala misi-misi kecil membunuh makhluk-makhluk menggunakan karekter saya yang sudah hampir maxed out levelnya. Apakah kami berdua hanya akan tinggal di rumah sahaja sekarang?
***
Kadang-kadang saya mencintainya, kadang saya merenung nasib saya dan gelak kecil. Kadang saya gembira, dan kadangkala saya ingin lari jauh dari semua kenalan. Kadang saya cuma ingin hidup hanya dalam tempoh 30 minit setiap hari, supaya saya tidak perlu lagi menghitung kepedihan hati dan waktu-waktu yang buruk.
***
Sudah lama tak menonton filem, dan Happy Together adalah yang terakhir dilihat di YouTube. It is so sweet, both characters, dan saya menangis pada babak akhir ketika Tony Leung mengambil gambar Chang Chen di gerai bapanya, disertai dengan shot Chang Chen ke hujung dunia di sebuah menara api.
***
Realiti itu membosankan dan saya ingin hidup sebagai sebuah perasaan.
***
tidak pandai mengklasifikasikan diri sendiri dalam konteks dunia akademik, maka saya redha dengan panggilan biasa biasa aje.
***
pos ke-50.