tanz in den Mai

perbualannya terhad kepada perihal-perihal tenaga dalam kelas, cerita terbaru tentang rakan sekelas, dan F. tidak ada apa, really. dan kitaran hidup begini begitu membosankan sehingga dia kadang-kadang mencari punca pergaduhan dengan F, dan mula menjadi rungsing ketika tidak ada apa untuk dinantikan pada masa akan datang. mungkin, 5 hari duduk berhibernasi di bandar kecil ini membuatkannya rimas dengan diri sendiri, kerana tidak boleh berdepan dengan stimulus baru di bandar baru, di tempat baru, di persekitaran baru. sedangkan dia tahu di penat sebenarnya.

L berada di Paris, dan ini membuatkannya teringatkan 2 hari di Paris bersama Amal dan Kak N dan anaknya. Boleh dikatakan, cuaca masih macam celaka walaupun sudah masuk musim spring. Jarak yang lebih dekat ini, apakah ianya bermakna, jika tidak bertemu? After all, there was no promises of meeting, nor there was any anticipation of one. Gradually one will no longer extend oneself over the other, and this is how everything ends, not with a bang but with a whimper.

Loq juga akan tiba di Frankfurt beberapa minggu lagi. Atau bulan Mei. “Aku free 17-19, tapi kalau tak berkesempatan jumpa, tak mengapa, Mai”. There is the anticipation of meeting, tapi with the current state of things, aku selalu berkata kepada F, “His/her life is far removed from mine”. Sebuah pernyataan yang tidak pasti apa hujungnya, samada untuk menolak atau sekadar untuk mengatakan, I will not complicate your world with my affairs any longer, even though I am feeling lonely and isolated, walaupun dengan keberadaan F.

E berkata yang dia akan ke Frankfurt malam ini untuk bertemu abangnya. Dia (abangnya) mahu bercerai, katanya, dan aku ke sana untuk berbincang tentang perihal ini, and smoke and drink. Kami berbual di koridor apartmentnya, ketika aku bersiap mahu pulang setelah menghabiskan masa melakukan tugasan, tetapi mostly kami berbual dan makan dan merokok. Lima minit sebelumnya, aku telah tersilap minum bir sebagai teh. I preferred wine.

“Jangan dengar apa-apa yang aku katakan. Aku terlalu negatif orangnya,” kata E, ketika aku mengatakan aku akan tinggal di sini setelah tamat pengajian, dan dia tidak mahu.

“We all are”, aku katakan, dan berlalu pergi.

One thought on “tanz in den Mai”

  1. Even when I’m far, even when we don’t speak, I think of you, I hurt for you. To me you are not some transient mirage that beckons only in the desert of rough times. You are more.

    Like

Leave a comment