- Tak ada banyak masa untuk menulis sebelum pergi ke kelas dalam 20 minit, jadi dalam bentuk begini sahaja. Mungkin patut kurangkan masa menonton 13 Reasons Why.
- Dah 3 bulan menggunakan akaun Netflix daripada rakan sekelas. Saya patut rasa malu dengan diri sendiri.
- Bonn bandar yang terlalu bersih dan teratur dengan bangunan serba baru, manakala Brussel pleasant dan menggembirakan. Terlalu French.
- D, atau Dayang Sifar, penulis Filsuf untuk Noob telah menemankan saya sepanjang 3 hari di sana. Miri hospitality is nice. Dia sedang cuba menyiapkan tesis Ibn Rushdnya, dan saya tak faham atau mahu faham medieval philosophy.
- Berjalan-jalan bersama rakan yang menerangkan sejarah bandar Brussel dan tokoh – tokoh univesiti dan Frenchification of Brussels lebih mengujakan daripada masuk ke museum tanpa tahu apa-apa. The heart of Europe.
- Sebagai result, saya menemukan diri saya di rumput, di taman, di tengah-tengah Grand Palace, di tepi tasik sambil makan ayam goreng, aiskrim, kentang goreng, nasi goreng Indonesia ekspres (yang tukang masaknya orang Vietnam), dan waffle dan hot chocolate, berbual tentang hal-hal kebiasaan, dan Maryam Lee.
- Masuk ke banyak kedai buku komik, semuanya berbahasa Perancis. Rupanya One Piece, Gundam dan Naruto masih popular. Terjumpa Naoki Urasawa’s monster, dan kami tertanya-tanya samada pelukisnya banyak menghabiskan masa di Germany dan Brussel.
- D menulis untuk Fixi dan lain-lain untuk survive, katanya. Saya cakap, semua orang menulis untuk survive.
- Saya sedar, keberadaan F di sini mengganggu saya untuk belajar. Dia kadang-kadang boleh berbual terlalu banyak tentang micro-world dapur restoran Pakistannya lebih daripada saya boleh berbual tentang percutian saya. Dia pulang 2 jam lebih awal semalam dan as a result, saya terkejut dan mematikan segala impian untuk jadi produktif malam semalam.
- Sebenarnya, observational pieces lebih menarik daripada esei atau novel. Recommended readings?