Ada satu kejanggalan apabila bila menggunakan kata ganti diri ‘aku’ dalam penulisan Bahasa Melayu. Seperti ada satu halangan yang besar apabila kita mahu meminda-diri (?) dari satu situasi ke situasi yang lain. Dengan rakan rakan, ibu bapa, orang tua, dan sebagainya. Bukan kerana tiadanya identiti yang tetap seseorang individu itu, tetapi lebih kepada masalah (yang sebenarnya bukan satu masalah pun) budi bahasa yang harus dikekalkan sepanjang cerita (atau novel, atau hidup secara umumnya). Misalnya ketika kita membaca terjemahan terjemahan interview (bersama Hemingway, contohnya), adakah ‘aku’ atau ‘saya’ lebih sesuai digunakan? Kita bayangkan Hemingway ini orang Melayu, maka tentunya bersama rakan rakannya yang lain (yang merangkumi The Lost Generation, kata Gertrude Stein) dia lebih selesa guna aku-kau. Tapi mungkin kalau Hemingway, berusia 30 tahun, tiba tiba ditemu bual oleh A.Samad Said yang berusia 70 tahun, apa jenis panggilan yang digunakan oleh dirinya? Adakah masih aku?
Lebih lebih lagi jikalau dalam kelompok keluarga. Sarah mempunyai dua orang adik, yang memanggil dirinya Kakak, tetapi dengan kedua abangnya (yang jurang umurnya lebih kecil) dia lebih selesa menggunakan aku-kau, dan kepada dua ibubapanya dia membahasakan dirinya Sarah.
(kita lupakan yang orang lain memanggilnya Mai buat seketika).
Jadi bagaimana harus Maisarah yang ingin menulis tentang dirinya (misalnya), membahasakan dirinya?
(from a first person point of view)
Mungkin antara penyelesaiannya, adalah kita cuma menggunakan satu ruangan sosial, yang terasing daripada ruang sosial yang lain. Orang muda bersama orang muda (dan sebagainya). Atau mungkin, kita boleh sahaja terus sahaja melanggar budibahasa dan menterjemahkan/menggunakan setiap ‘I’ kepada ‘aku’ tanpa mengira konteks sosial. Atau mungkin sahaja, kita boleh ambil pendekatan Joyce dalam A Portrait of An Artist as a Young Man, iaitu masih menggunakan the third person point of view, yang tidak omniscient (maksudnya tak mengetahui/melihat segala apa yang berlaku), tetapi seolah olah seluruh novel itu diceritakan daripada mata pandangan Stephen Deadalus.
Entah. Yang pasti untuk saya sendiri, amat sukar untuk menggunakan apa apa kata ganti diri apabila sedang bercakap dengan/tentang diri sendiri, kerana dari awalnya, saya gemar (atau mungkin sudah biasa) meletakkan diri sendiri di luar di sendiri. Jadinya, dalam fikiran saya, selalunya ianya – “Maisarah lapar”, bukan “Aku lapar”. Atau kadangkala ianya cuma “Lapar”.
This lack of ability of trying to affirm one’s self within the self seems to spread to other things; when I speak, I do not want to be associated with an opinion, a thought. Taking it extremely, it is not I who speak what I speak, but rather the speech itself talking through me. It is neither from the lack of confidence nor self esteem nor thought, but rather the inability to refer to oneself.
Dari segi filosofisnya, ‘Aku’ lebih mendasar dan jelas menyatakan tentang keberadaan dirinya. Klu ikut Buber, ‘aku’ perlu diperakui oleh salah seorang subjek lagi. Subjek yang bergelar ‘kau’.. Maksudnya, ada hubungan interaksi dari 2 orang subjek. Contohnya, ‘aku lapar’. dan ada seorang yang mendengar ungkapan tu, maka keberadaan yang menyebut ‘aku lapar’ tu lebih jelas berbanding penggunaan ‘saya’..
LikeLike