mungkin solat subuh berjemaah di surau di kawasan perumahan kamu itu ada baiknya juga. pertama, kamu dapat ceramah free yang kadang buat kamu malu dengan diri sendiri. kedua, bersuai kenal dengan jiran jiran kamu yang lazimnya kamu tak akan jumpa (atau ziarah di rumah mereka). ketiga, ketenangan di pagi hari menghirup udara segar. keempat, lepas balik surau mesti lapar tapi hei lihat, ada jual nasi lemak lah depan tu.
di surau, mana ada prejudis. kamu bagai sang anonymous yang datang menghadap dan menerima, tanpa ditanya apa apa kemudiannya. segala apa yang kamu terima, walau banyak mahupun sedikit, tak akan disoal siasat oleh para guru, kakak kakak, atau, siapa siapalah. dan tiap apa yang linger dalam diri kamu itu, kamu harus manfaatkan.
anak anak ustaz tu, umur enam tahun dah khatam alquran.
cool gila.
macam Seymour dan Buddy yang mahu Franny dan Zooey mengenal the Vedas sebelum acquainted dengan all those philosophers, ataupun Teddy yang memberi ceramah pantas kepada Nick bahawa dia mahu budak budak ditunjukkan gajah dahulu sebelum diajar all those names, all them apple eaters, begitu juga dengan ini. jangan diajar mereka huruf huruf romawi selagi belum pantas membaca huruf huruf arab.