The Most Awesome Chocolate Chip Cookies Eva; A Recipe.

yes, aku tulis ini masa raya hari tu. sebab mendapat sambutan di kalangan orang orang ehem, tua, yang rata ratanya orang UMNO. atau pro kerajaan. kita salahkan keujudan kelab kelab mereka di oversea. pergi bersih pun kena marah. aish, tak kool la camni abang abang. 
bagaimanapun, sila cuba buat sendiri. anda akan rasa famous amos dah tak best, dan memang tak best pun. tapi ini mungkin cuma prejudis aku terhadap makanan makanan luar yang over-priced. 
tapi oh ya, nobody ever reads here, jadi yeah, sebenarnya, ini untuk diri aku sendiri. aku nak buat ini esok. mungkin.
Bahan A
300 gm Butter
150 gm Caster Sugar
150 gm Brown (or Raw) Sugar
3 biji  Kuning Telur
1 teaspoon vanilla essence
secubit garam
 
Bahan B
1/2 teaspoon Bicarbonate Soda
2 teaspoon Baking Powder
360 gm Self Raising Flour
150 gm Almond (yang dah dibersihkan, serta dikisar)
250 gm Chocolate Chips
30 gm Cocoa Powder (optional lah)
 
How. 
Hm, Panaskan oven, 180 Celcius. 
 
1. Pukul Butter dengan Gula sampai cun.
2. Lepas tu masuk kuning telur sampai kembang.
3. Masuklah garam dan vanilla essence. Kacau kacau.
4. Baru masukkan B.Soda ngan B.Powder. Kacau kacau.
4. Masuk tepung. Biar sampai sebati. 
5*. Kalau nak bagi coklat, letak ah Cocoa Powder. 
6. Masuklah Chocolate Chips dengan Almond. 
7. Siap doh.
8. Ambil tray, letak baking paper.
8. Buat doh bulat kecil kecil kalau mahu, sebab ia akan mengembang dengan hebatnye. Ia juga akan meleper sendiri secara automatisnya. 
9. Masuk dalam oven. Biar dalam 8-10 minit (atau bila dah nampak macam brown sikit. Jangan dibiar hangus)
10. Angkat. Biar dia sejuk. Sememangnya setelah keluar dari oven kalau disentuh adalah super lembik. Maka biarlah dalam 7 minutes sampai jadi keras dan crunchy untuk dimakan. 
11. Repeat~
 
Makes about 2 balang. 

Leave a comment