bila kamu boleh lihat Submarine bersama sama sambil makan chocolate bites di atas couch petak petak kamu yang kamu kutip dua blok jauhnya dari rumah kamu untuk menghilangkan rasa mengantuk sebab memang dah lewat malam pun tapi kamu tewas juga berkali kali sekali untuk melihat perempuan berkot merah datang ke rumah oliver dua kali untuk melihat tate membaca kenapa dia mahu bunuh diri ketiga untuk lihat mereka berdua bersama anjing mereka berjalan menuju ke dalam air dan tamat tapi belum sebenarnya kau terus berbual mengenai hidup kamu rumet kamu kerja kamu agama kamu dan segalanya kau hamburkan pada aku sedang kereta kereta di luar dah berenti berbunyi hanya lori sampah didengari dan satu satunya sumber cahaya dalam bilik itu adalah dari tingkap kecil di atas rak buku kamu.