bumi manusia

Will be getting the book soon.

Aku rasa amat penting untuk semua orang punya rasa hormat terhadap orang lain, tak kiralah dia ini pekerja kamu, orang yang sediakan makanan kamu, pakcik yang salute sampah di tempat kamu, orang yang ambilkan aiskrim untuk kamu, orang yang bancuhkan coffee kamu. The working class. Mungkin juga, the laboring class, kerana para pekerja berkolar dan berkemeja dan berbaju kebaya semua nak mengaku diorang bekerja. Padahal mungkin saja kamu buat sesuatu di bawah hawa dingin artificial, habiskan masa berbual dan mengumpat sepanjang masa, dan beraspirasi kerdil untuk memiliki segala yang mewah tapi tak berguna.

Jadi, the laboring class. The one who sits behind buildings makan nasi bungkus yabg menggunung dengan kuah kari, orang orang yang berjalan kaki mencari kerja di rumah rumah membasuh dan mengemas segala. Segala ornaments, perhiasan yang sungguh, hanya menyusahkan dan menambah habuk dan bebanan. Useless, useless. Thoreau pernah cakap yang dia pernah mempunyai 3 batu kecil (pretty green stones i think), and looking at it, he trembled so much kerana tak tahu apa yang harus dilakukannya, maka terus dia buang ke luar tingkapnya. Simplicity, simplicity, simplicity he says.

There’s another story. Once there was a caliph yang ingin memberi derma pada orang orang miskin di kawasannya. Dia kemudian menyuruh seseorang mengumpul senarainya. Turns out, his own gabernor was a poor man. Jadi diberinnya 1000 dinar kepadanya dan ucap pertamanya setelah menerima wang adalah ‘ bala apa yang aku terima ini?’.

But nevertheless the laboring class. Manusia juga mereka ini, jangan kamu merendahkan orang sesama sendiri. Jangan mengatakan ‘itu kerja dia, jadi kenalah dia buat’, dan kononnya memisahkan diri kamu daripadanya, yang kamu itu lebih mulia darinya. Jadi kamu buangkan sampah di atas jalanan sedang tong terletak hanya semeter dari kamu di hadapan sang pengutip sampah itu. Kamu hina dia. Haih.

Tadi aku berbual dengan pembantu rumah aku yang datang secara berkala tiap dua minggu melakukan kerja kerja domestik. Kami makan nasi sambil borak borak mengenai hidupnya. Aaah the amount of respect (and that isn’t quite the word for it either. + Awe and Gratitude? ) I have for her.

Kemulian itu hanya terletak di sisi tuhan. Jangan angkat diri kamu itu more than necessary. If anything, be humble humble humble and reduce yourself to nothing.

Leave a comment