beberapa ketika yang lalu, ada dua makhluk datang menjajah dan merampas wafer cubes music aku dan beberapa potong kek coklat yang mak aku buat semalam (mereka berupaya membuka tupperware, ye), sambil itu, mereka telah membuat kacau bilau di lantai bilik, dengan rakusnya meninggalkan sisa sisa epal yang diorang makan serta menebuk dua air kotak yang walaupun tak sedap, tapi berbau dan membuat lantai melekit.
disebabkan kipas rosak, aku terpaksa migrate bilik orang lain sebab super panas, dan di kala itu, mereka terus menyerbu, membawa rakan extra. dan bila aku sampai di tempat kejadian, aku bila nampak kek mak aku kena makan, dan dua-dua mereka memandang dengan bersahaja. aku jerit kuat, woi bla la bodoh, dan seekor daripadanya lihat aku yang masih tercegat dipintu, turun semula dilantai, (dan sempat lagi) mengambil satu potong kek sebelum beredar dengan balingan bantal hebat aku.
aku yang sakit hati, terpaksa berdepan dengan sepah yang diorang buat, sambil memerhati diorang membawa pergi music aku dan regroup atas bumbung (sila lihat gambar).
aaaah celaka.

hahaha tragisnya. Kau shj ke slalu jadik mangsa?
LikeLike
apparently diorang raid dua bilik tadi. on a daily basis, ada je orang jadi mangsa.
LikeLike