sewaktu peperiksaan semakin dekat

Semalam, aku telah dibebel oleh kedua ibu bapa yang suruh aku pergi belajar instead of main game. Aku kemudian berkata aku akan buat apa sahaja untuk “pass” i.e; Minimum requirement. Minimum effort. So minimal result. But not impressive. Dan seterusnya terus dimarah yang “kalau kamu belajar, mesti dapat markah lagi tinggi”.
Anyway, disebabkan aku selsema, dan sangat-sangat malas, untuk melakukan mana-mana tutorial yang terdiri daripada 20 soalan yang amat repetitive, aku akan proceed kepada the blackboard method. Oh ini entry kebosanan sambil menangguhkan masa. Hari ini aku habiskan masa tengok movie-movie lama, jadi usaha kerajinan diperlukan. At least, pelan kerajinan diperlukan.
Firstly, kau perlu ada dalam keadaan-keadaan seperti berikut;
  • Malas
  • Tidak berupaya menumpukan konsentrasi terhadap apa jua perkara melainkan ianya melibatkan makan, game, movies, dan tidur.
  • Perlu study segera sebab ada peperiksaan yang more or less, penting juga.
Dan kemudian, kau harus ada benda-benda ini;
  • Satu blackboard. Atau sesuatu yang besar yang kamu boleh conteng dan padam dengan sesuka hati. Dalam kes aku, almari. Meja pun boleh.
  • Marker, magic pen (feltip pen, really), atau mana-mana alat tulis yang kamu boleh tulis dan padam sesuka hati di atas perkara 1 tadi. Aku guna eyeliner (yea aku ada satu). Sangat convenient.
  • Kertas perkara-perkara yang kamu perlu study tapi belum. Macam satu list. Tulis kesemuanya dan tampal di satu tempat yang visible. Supaya kamu rasa bersalah setiap kali kamu ingin buat perkara lain yang tidak ada kena mengena dengan pelajaran. Macam game Call of Duty 4.
  • Nota-nota dan soalan.
Seterusnya, the method itself.
  • Conteng soalan yang kamu mahu buat, setiap satu topik atau subtopik, satu soalan, yang kamu rasa boleh merangkumi semua benda. Buat atas tu sampai siap.
  • Repeat step 1 until dah siap satu subjek, atau bila dah penuh blackboard. Whichever comes first.
  • Re-read, or just erase it. Atau lagi bagus step back dan pandang hasil kerja kamu dan cakap; “oh cantiknya~” atau “damn aku rajin”.
  • Ulang sampai kamu rasa puas hati. 5 minit cukup.
  • Sambung buat benda-benda yang kamu suka. Oh ye cross out mana-mana benda yang kamu dah study dekat list itu.
See, mudah sahaja, kan? At least, aku ada juga belajar, bukan? Sekarang ucap terima kasih kepada maisarah dan katakan semoga berjaya esok dan dua minggu seterusnya.

3 thoughts on “sewaktu peperiksaan semakin dekat”

Leave a comment