yet i might’ve overstepped the line

There are things to right here, but I guess I am pretty much preoccupied by something else. That something else, I might give itself a whole paragraph of reasons on why I started on this, having it in mind to be spoken with someone else who might question my motives for the task undertaken, lest it be unclear to him. But ignore me, ignore me.

***

Mari tukar bahasa melayu pula disebabkan bimbang sukar difahami oleh orang ramai.

Pada kebiasaanya, apabila aku dilanda satu fasa di mana aku begitu rasa benci dengan orang lain, benci di sini dengan erti kata tiada persefahaman pendapat dan minat, dan ketidaksediaan mereka untuk membincangkan hal-hal yang menarik bagi aku, mungkin disebabkan oleh aloofness atau non-interest mereka, atau mungkin mereka seboleh-bolehnya mahu semuanya berlaku secara private tanpa ada verbal questioning bersama orang-orang lain, aku akan terus pergi mengasingkan diri dan cuba untuk mencari sesuatu yang lain yang lebih menarik daripada apa yang ada sekarang.

Misalnya, benda-benda terakhir yang mendapat minat aku ialah mengenai Myer-Briggs Type Indicator, The Miracle of 19, dan buku Kassim Ahmad, Hadith: A Re-evaluation. Needless to say, aku telah banyak membaca mengenai hal-hal ini, berbulan-bulan lamanya sehinggakan aku tidak banyak belajar tahun lepas (tapi secara peliknya mampu mendapat 4.00 juga. Despite all my rants). Jadi kamu semua mungkin cakap aku agak detached dengan kamu semua. Dan mengapa aku kurang mengambil perhatian mengenai hal-hal persekolahan dan pembelajaran, kerja rumah dan sebagainya. Sebab itu semua bukan priority utama aku. Keutamaan aku terletak pada perkara-perkara yang aku minat sahaja. Maaf.

Jadi, sekarang, aku telah, menjumpai lagi sesuatu yang lebih menarik, yang setakat ini aku rasa, sungguh enlightening dan memberi maksud terhadap banyak perkara. Mungkin sesuatu aku ingin cari sejak dahulu lagi.

Nanti bila aku selesai, aku akan tulis mengenainya

2 thoughts on “yet i might’ve overstepped the line”

Leave a comment