malam itu

Kisah emo tak bertempat. Dan semestinya tidak benar
**

Malam itu, dia fikir, bahawa dia mahu lari jauh-jauh. Otaknya serabut.

Jadi dia capai kunci kereta, telefon bimbitnya, sedikit wang, dan masukkan kesemuanya dalam saku. Dia berjalan menuju ke pintu dan berpaling.

“Macam ada yang tak kena”.

Dia berfikir sejenak lagi, sebab dia tahu yang mungkin, dia tak akan berjumpa dah orang-orang lain selepas ini, kemudian teringatkan sesuatu, lalu mencapai jam tangan warna putih pemberian ayahnya, lantas memakainya.

Masa, pada malam itu, penting, dia fikir.

Sesudah sampai di suatu tempat, tempat yang dia seringkali lalu tiap-tiap kali ingin pulang rumah, tapi tak pernah dikunjungi, dia keluar dan park keretanya betul-betul tepi jalan raya. Lebuhraya, lebih tepat.

Tepi sebuah tasik (dirahsiakan lokasi), dia baring di atas rumput yang separa basah dan melihat di atas. Bintang-bintang nun di atas sana seakan sedang membentuk satu senyuman dari jauh. Sangat jauh. Tapi masih kelihatan.

Dia pasang lagu Y Control kemudian menari-nari sorang-sorang sambil pejam mata. Bila dia berpusing, dia rasa macam semua perkara dalam kepalanya, segala punca kerungsingannya, dan semua memorinya hilang ditelan malam.

Tiba-tiba lagu terhenti dan memainkan ringtone yang baru. Dia mencebik sambil merungut seorang diri “Egh, kacau betul”

Dia angkat. Sambil itu tengok jam di tangan. Oh sudah pukul 12 belas rupanya.

“Kau di mana sebenarnya?”
“Tempat paling indah di dunia”
“Kau tahu, yang kami semua cari kau?”
“Mm… Jadi?”
“Datang balik ke sini”
“Tak Nak”
“Kenapa?”
“Sebab aku mahu jadi solitari sebentar, untuk mengucapkan selamat tinggal pada diri sendiri. Jadi selamat tinggal”

Dia letak telefon. Lagu Y Control berkumandang semula.

Sambil itu dia berpusing-pusing lagi sampai dia jatuh. Seeloknya biar dia jatuh tertidur, atau pengsan, atau terhantuk sesuatu, atau yang paling bagus, jatuh ke dalam tasik itu.

Malam itu, dia bermain nasib. Macam tahun-tahun sebelumnya.

Harap-harapnya malam itu, hajatnya ditunaikan.

***
This is typical of me. Ugh. Being eighteen sucks.

3 thoughts on “malam itu”

  1. Haha. What a nice picture of you, you painted here 🙂 It suits you well.Berumur 18 tahun tidak best kah? ~.~ Apa beza dengan umur-umur lain? Hmm.Kalau kau balik minggu ni jom gi drive! 😀 Hoho.

    Like

Leave a comment